Awak tu dah besar kenalah masak

Assalamualaikum!

Sementara ada peluang untuk online, saya menghabiskan sisa2 masa saya hanya di hadapan laptop sebab esok masa saya untuk menghadap laptop sudah tiada. Kenapa? Sebab esok saya dah mula kerja! Yahoo~ Doakan saya rajin bekerja ea. Dapat gaji lebih nanti boleh tolong mak.

Siapa dekat sini kat reti memasak angkat tangan. Saya tak cakap pada anak dara sahaja, malah mak dara. Okay, dan saya sendiri akan mengangkat tangan saya *angkat tangan mcm lagu hands up*. Saya percaya korang yang lebih tua dari saya pun ada yang tak reti masak kan? Maksud saya bukanlah tak reti masak 100%. Kalau setakat masak telur, nasi goreng, ayam goreng tu mesti reti kan? maksud saya masak makanan seperti kari ayam, kurma ayam, ayam masak merah (semua ayam aku nih), rendang, singgang.

Yang merah tu tomato, yang sebelah dia tu terung, yang warna putih tu... emm.. emm..


Saya tak reti memasak bukanlah bermaksud saya pemalas no no no (goyang jari telunjuk). Dari kecil saya tidak didedahkan dengan masak memasak nih. Contohnya, kalau mak saya tengah masak mesti dia tak kasi duduk dapur sebab takut cedera. Dapur rumah kami bukanlah sebesar dapur tempat Spongebob bekerja. Kecil sahaja.

Jadi, nak dipendekkan cerita masa saya form4 tak silap mak saya mula menyuruh saya duduk dapur. Tolong apa yang patut. Okay, pada mulanya saya tolong apa yang patut. Tapi yang melemahkan saya adalah bab2 suruh amik barang. Saya mengaku saya tak kenal segala jenis sayur, dan rempah (melampau la tuh kalau sawi pon tak kenal). Oleh sebab itu, saya selalu kena marah dengan mak. Dan disebab itu jugalah saya tidak betah duduk didapur. Tak duduk dapur mak lagilah marah. Mak selalu membebel. Dia cakap "Tak ada orang nak buat menantu macam ni" "Nasiblah dapat mertua cerewet" "Macam mana nak jadi isteri orang ni". Saya pun menjawab "Alah, kawan kakak pon ramai yang tak reti masak" Itu semua hanyalah alasan semata-mata. Kawan2 saya ramai juga yang reti masak

Sebulan sebelum pergi PLKN, saya ada kerja di sebuah kedai runcit. Memang lemah la kan bab2 sayur ni. Tapi lama2 saya belajar mengenal sayur. Sekarang, cakap aje sayur apa. Mesti saya kenal punya lah. Tapi saya confius daun ketumbar dengan daun kesum. walaupun bentuk lain, tapi nama seakan akan sama. Sekarang saya dah mula tolong mak kat dapur. Tapi saya belum pernah lagi di suruh masak masa mak saya tak ada kat rumah.

Nak dipendekkan cerita, tadi mak suruh pergi beli sabun kat kedai bawah. Bertegur sapa lah dengan pekerja kat situ sebab memang dah kenal. Lagipun pekerja tu dulu pelanggan kat kedai tu masa saya masih kerja kat kedai tu. Bila nak bayar, dia tanya

Dia: Dah makan?
Saya: Belum
Dia: Ika tak masak ke?
Saya: Tak lah. Mak masak.
Dia: Kenapa Ika tak masak?
Saya:(diam) *kemudian cakap dengan perlahan* tak pe lah mak masak
Dia: Awak tu dah besar kenalah masak
Saya:(tersenyum hambar) Insyallah *keluar dari kedai*
Saya sebenarnya agak malulah ditegur macam tu.(kenapalah mulut aku ni jujur sangat) Keluar sahaja dari kedai, saya menanam azam "Aku nak belajar masak!~~" Kalaulah ayat tu mak mertua yang cakap, aduhh mana nak letak muka ni. Malu gilosss!

Tapi, Memasak VS Menjahit, menjahit lah menang. I Love Sewing! Saya suka menjahit lebih kepada kraf.

0 person read and comment: