Perempuan dan Tudung

Assalamualaikum and Hi!


Entry kali ni bukan lah pasal 'perempuan dan tudung yang berlambak' atau 'perempuan dan tudung cantik alih2 tudung tu jugak yang dipakainya'. Aku macam tertarik nak buat entry ni sebab macam bermain kat fikiran aku. Baru2 ni aku kerja jual tudung. Kerja jual tudung yang bukan lah cikai2. Tudung itu adalah OWL by Nora Danish. Yes! Tudung milik seseorang yang dah ada nama bukan kat Malaysia je malah kat Singapura dan mungkun Brunei. Nora Danish ada keluar kan tudung and aku kerja kat kiosk di salah satu stokis dia iaitu (@owlbynd.johorbahru) Tujuan aku sebenarnya bukan lah nak promote IG boss aku tapi orang kata sambil menyelam minum air kan. 

Apa yang aku nak tulis ni adalah based on my observation and thought selama aku jadi promoter jual tudung ni. So dari situ muncullah curiosity dan persoalan. Sebab kerja ni agak memperkenal aku dengan dunia luar walaupuan tak berapa nak luar sangat sebab duduk dalam kiosk je.

Okay benda pertama aku observe adalah pembeli yang beli tudung ni bukan lah dari golongan bertudung sahaja malah yang free hair, rambut berkarat semua beli tudung ni. Dalam hati aku 'eh diorang ni ada hati jugak eh nak beli tudung' Maybe diorang beli tudung sebab nak raya, fashion and ada jenama. Aku macam tak boleh brain lah dengan pemikiran macam ni. Diorang tahu pakai tudung. Tapi at the same time, tahu tak pakai tudung tu wajib? Same goes to ND lah. Dia keluarkan tudung but dia sendiri tak pakai tudung. 

Kedua aku perati kadang2 ada lah jugak makcik2 yang beli tudung ni. Mak pakai tudung tapi anak tak pakai tudung. Kalau rambut hitam aku okay lagi. Tapi yang ni rambut kuninggg. Kalau lelaki pulak tangan kaki ada tatoo. Mak pakai tudung tau. tutup dada lagi. yang ni pun aku tak faham. Maybe lah mak dia dah nasihatkan suruh pakai tudung tapi si anak berdegil. Tapi yang tatoo tu sumpah aku tak boleh terima.

Okay yang ketiga ni lebih kurang macam yang pertama. Contoh lah ada customer ni datang nak beli tudung and dia pakai tudung time tu. bila dia nak try pakai tudung tu macam mana, dia suruh tengokkan ada lelaki tak kat belakang takut orang nampak rambut dia sebab dia nak bukak tudung. Tapi rambut warna merahh beb. Kau paham tak maksud aku? Nak jaga aurat rambut tapi rambut berwarna. 

Next aku nak cakap ni golongan minor lah. Ada aku peratikan orang ni pakai jubah. Pakai purdah. Tapi tudung tudung tu tak cukup labuh la kak. Sebab saya nampak tau bentuk dada tu walaupun akak pakai purdah sebab tudung tu macam terselak ke macam mana tah. And baju bling2 kau. Biru terang. Kain satin lagi.

Yang ni tak ad kena mengena denga tudung tapi ada kena mengena dengan aurat. First time in my life, orang solat pakai telekung je tapi bawah pakai seluar jeans skinny. Like, whattt? Okay solat pakai telekung dengan seluar is normal. Aku pun dulu kat sekolah selalu buat. But seluar tu longgar lahh.. Ni first time aku nampak orang pakai skinny jeans. 

And lagi satu aku tengok ramai lah jugak rambut berwarna tapi solat.. Yang tu aku so-so lagi. Maybe dia tak tahu or yang kat rambut tu inai (husnudzon). Tapi kalau orang tu tahu tapi buat2 tak tahu tu aku tak paham. 

Maybe its little be a culture shock bagi aku sebab kat UIA hampir 100% orang dalam tu pakai tudung. Kecuali promoter non muslim dari luar. Proper tak proper je. Bila aku cakap cina pakai tudung. mostly terkejut. Yes cina kat UIA, SEMUA pakai tudung ye. BUT they are originated from China. Not Malaysian Chinese. And they are muslims :)

0 person read and comment: