Assalamualaikum.
Okay, hari ni aku nak sambung cerita pengalaman ALAM aku kat UCAM. Untuk part 1&2 boleh tengok kat SINI dan SINI
Hari kedua pulak, Aktiviti hari ni adalah Pillow fight. Dengar macam senang kan? Haa kitorang pillow fight versi orang kampung. Haa macam mana tu? kena scroll bawah lagi. haha Then ada aktiviti tangkap ikan keli then kitorang kena masak tangkapan kitorang tu. Baru fresh!
Untuk pillow fight dan penangkapan ikan keli dibuat kat ladang/dusun/kolam(?) Aku tak tahu nama dia. Haha Tapi main location dia kat KOLAM
Kat sini pun diorang ternak unggas |
Kat belakang tu dimana semuanya berlaku *gambar selepas kejadian* |
PILLOW FIGHT
Okay firstly korang kena tahu macam mana nak main pillow fight. Okay yang tu pass semua orang dah tahu. Secondly korang kena tahu rules dia. Tak boleh pukul muka dan kaki. Kalau jatuh derita seumur hidup. Jatuh dari mana? haaa
Jatuh dari batang kelapaa.. haha gigih diorang ni buat setting ni. Kitorang kena panjat tangga and diri tengah2 lepas tu amik bantal then pukul pihak lawan. Tak semua main pun tak apa janji kena memang 5 kali. Aku memang tak reti main benda ni weyhh. First kena panjat. and kalau nervous semua benda tak jadi. Takut tak boleh seimbangkan badan and SEMUAAA orang tengah tengok kau time tu kau tahuu.
Group aku antara paling awal main. Ahli perempuan group aku macam tak berani sangat kecuali Wawa. Die paling excited. Aku bukannya tak berani tapi tak confident. haha but aku cabar diri aku untuk confident.
Bila tiba giliran group aku, ketua kampung vs ketua kampung pihak lawan dulu. But ketua kampung aku kalah haha hampeh. then Zul pergi. Die kalahkan 2 orang budak laki. so dah 1:2. then budak perempuan pulak lawan sebab pihak lawan dah kehabisan budak laki. So wawa pergi dulu. First die menang 1:3 then die kena lawan budak ni macam tough gak ah. Then die kalah lawan budak tu (2:3). Then giliran aku. Cuak gilaaa aku kena lawan budak tough tu. aku nak ketengah pun nak jatuh2 da. Nasib baik ada orang tolong pimpin ke tengah (guna kayu okay). Then masa nak bagi bantal tu, mak aiii berat weyhh.. kau bayang kan lah bantal golek tu isi kekabu then dah kena air 200%!!
Then ajk yg dalam kolam tu bagi tips "bengkokkan kaki untuk seimbangkan badan" aku pun ikut. okay seimbang dah okay since rules tak boleh pukul kepala dan kaki, aku serang bahagian bahu die. die pukul pinggang aku. aku pukul bahu ad sebab jugak. Ada kena mengena dengan physics sikit. haha since bahu paling atas, aku assume paling tak stabil. and die serang pinggang dah tentu dekat pusat tempat seimbangkan badan. so tak bagi efek sangat.
SUPRISINGLY AKU MENANG!! HAHAHA. Actually, aku dulu yang nak jatuh. tapi aku tahan je dari jatuh and pada masa yang sama aku serang dia jugak and bila dia dah jatuh aku pun jatuh (2:4) Lagi satu mata je kitorang nak memang. semua ni terletak ditangan aku *cewah* Then next opponent kawan aku. dari UIA jugak hahah aku tahu die lembut sikit.Time tu aku dah confident gila akan menang. hahah berlagak gila. So aku serang die sekali dah jatuh. So kitorang menangg!!
Anisha sedang naik |
Pusingan kedua pulak (menang vs menang), Yang laki aku tak ingat sangat. Tapi perempuan Iera pulak naik. Mula2 die tak nak naik sebab ape tah lupa. Masa dia naik tu, pihak lawan asyik hayun je bantal tu. Then die jatuh sendiri. Sebab die pukul angin bukan Iera haha act Iera diri je atas tu tak buat pape dah memang. Keseluruhan kirotang menang no 1!!!
TANGKAP IKAN KELI
Aktiviti ni buat kat kolam yang sama. Masa kitorang main pillow fight tu ada je sebenarnya ikan dalam kolam tu tapi tak rasa sebab ikan ada dalam lumpur. Setiap group kena tangkap 10 ekor ikan lepas dah dapat top5 je game oveer.
Okay aku mengaku time nak tangkap tu AKU GELI GILAAAA sebab dia gerak2. Banyak kali aku rasa dalam lumpur tu tapi aku tak berani nak pegang. Tapi kalau aku pegang pun belum tentu dapat sebab badan diorang licin. bukan aku je macam ni. Ramai lagi yang menjerit okay. Cuma aku menjerit dalam hari je. haha Tak bisa ke? Sebab yang ni ikan keli kan. Okay ikan keli diorang ternak ni tak bisa sangat. Sikit je. Aku kena la jugak. Rasa die macam pijar2. Tapi tangan kau tak merah2 pun.
Sempat lagi suruh orang snapkan haha
Bila dah keluar, ada benda kecik2 melekat kat baju semuaa. Dah basuh dah kering pun tak tanggal. Banyak sangat nak tanggal satu2. Act aku geli dengan benda tu sebab kecik2 dan banyak. Lepas kawan aku kate tu ulat air lagi laa aku geli. Then decide nak buang baju dengan seluar. haha ahh lantak la orang nak cakap ape. ringan sikit beg aku. Then kawan aku kate tu bukan ulat air tapi benda yang ada dalam lumpur. Ulat ke tak aku still geli. haha
MASAK MASAK
Okay, time masak2 ni 2 group gabung jadi 1. Main dish die adalah masakan orang melaka. Ape ek.. lupa *search google jap* Daging masak dedeng tak silap aku. Side dish of course lah ikan keli bakar /yums/ dan sayur masak air.. Pargh meleleh ayaq liuq. Aku tolong sikit2 je sebab ramai yang lebih pandai masak dari aku. hoho kebanyakan laki lah yang buat. Dah gabung dua group mestilah ramai tangannyakan.. huhu at the end daging yang kitorang masak tu masam. rasa macam tomyam.. haha sedap ahh. tapi bukan rasa daging masak dedeng yang sebenar
Spoil ah photobomb -_-" |
petang tu kitorang kenyang alhamdulillah |
Oh lupaaa malam tu ada persembahan dari setiap kampung
0 person read and comment:
Post a Comment