Jom Menutup Aurat: Terikut-ikut tudung

Assalamualaikum,,
Kali ni aku maybe more islamik.. Tapi tak lah serius jek.. Im going to open a blogshop and instashop.. so, sebelum tu, aku kenalah terang kan asal usul dan tujuan aku sebenarnya,, *peace yow* Sila baca sampai habis ya.. Thank you

Sebelum ini mereka yang bertudung lebih terbatas untuk mengenakan imej selari dengan fesyen semasa. Apatah lagi menyarungkan pelbagai busana terbaru kerana semuanya lebih tertumpu pada mereka yang tidak bertudung. Kiranya mereka yang gemar fesyen akan lebih melihat aspek itu sempit selepas berhijrah. Maklumlah pakaian sendat sudah tidak sesuai dan mahkota paling berharga bagi wanita iaitu rambut pula kini tertutup.

Tapi sejak akhir-akhir ini, mereka yang bertudung melakukan eksperimen dengan mengenakan turban dan pelbagai lilitan asalkan rambut tertutup membuatkan imej itu dilihat ‘in’. Bukan sekadar fenomena memakai tudung ini adalah tanda positif mengikut mata agama, malah secara tidak langsung ledakan itu turut memberi tempias kepada cabang perniagaan dan rekaan kreatif tudung.

Bagaimanapun timbul persoalan terhadap pemakaian itu selepas ia ditransformasikan sehingga ‘hilang’ tujuan sebenar seperti disyariatkan dalam Islam. Hakikatnya, gaya bertudung mereka adalah untuk kepuasan diri dengan mengenakan fesyen terkini dan bukannya menutup rambut kerana tuntutan agama.

Adakah tudung atau sebarang gaya menutup aurat rambut itu satu fesyen ataupun sudah masanya untuk berhijrah?

BOLEH JE NAK CANTIK
Fesyen memang dibolehkan, Islam tidak melarang. Kalau dilihat, fesyen bertudung kebanyakan pendek di bahagian dada, tapi labuh di bahagian belakang. Tapi Islam memerintahkan ‘labuh di bahagian dada’.

Ingin kelihatan cantik tidak salah dan itu memang lumrah setiap manusia, lebih-lebih lagi golongan Hawa. Tapi semuanya ada batas terutama bagi mereka yang mengenakan tudung. 

Mendengar beberapa pendapat anak muda, mereka lebih menyifatkan senario ini sebagai hak individu. Ikut niat dan kata hati bukannya apa yang dipamerkan pada luaran saja. 

Berhijab satu tuntutan dan kewajipan sebagai Islam. Tidak salah, jika kita ingin mengikut fesyen atau trend, tapi haruslah mengikut syariat. Tuntutan atau fesyen terpulang kepada si pemakai, kerana mereka lebih tahu sama ada pakaian itu sekadar fesyen atau sebaliknya.

Memang tidak dinafikan, ada orang memakai hijab merasakan tidak cantik kalau tidak ketat dan sebagainya. Tidak salah untuk cantik, tapi biarlah aurat itu dipelihara dan dijaga, ingin cantik adalah fitrah manusia. Tidak salah untuk cantik kerana Allah juga sukakan kecantikan. 

Bagaimanapun perlu diingatkan, jika ada gadis yang bertudung untuk fesyen, peratusannya begitu kecil. Tapi daripada pemerhatian kasar, anak gadis yang sudah berhijrah dengan mengenakan tudung adalah mereka yang memang ingin berubah. 

Keberanian dan rasa yakin untuk mereka mengubah imej itu adalah disebabkan mereka melihat yang bertudung juga masih boleh nampak cantik dan bergaya jika betul cara pemakaiannya.



4 person read and comment:

Pwincess said...

i love this entry. i love your verse. i mean the way you speak in yr entry =)

forkpoppers said...

Thanks.. Copy paste Dari internet he.. :))

SEONMUL said...

the "trend" is more important these days and it really hurt my eyes to see those weird way of putting on their hijab. I don't think they want to cover their aurat tho, just to be in the fashion trend of "wearing hijab" and also the "islamic poplook" thing =.=

forkpoppers said...

yeah,, you're right.. some of them wear hijab but we can see their hair and chest