Cerita
yang aku nak tulis ni lebih kurang cerita dilemma seorang wanita lah.
Pernah tengok tak? Kalau tak pernah, mai sini gua habaq kat lu.
Cerita dilema seorang wanita pasal seorang wanita yang dilema akibat
keruntuhan rumah tangga kepe. Boleh bayng kan? Tapi aku nak tulis
pasal dilema seorang remaja perempuan. Akulah tu!
Tahun
lepas, semua sibuk sibuk mohon martik. Cikgu suruh padahal. Kalau
cikgu tak suruh aku rasa tak SEMUA mohon sepertmana yang aku cakap
tadi. Lagipun aku turut berterima kasih kepada cikgu kaunseling
kitorang sebab tolong belikan NO PIN matrik tu dengan Bank BSN. Kalau
macam sekolah lain beli sendiri kowt.
Time
nak isi tu, aku pilih lah aliran teknikal. Lepas tu kita boleh pilih
tiga matrikulasi yang ada kat Malaysia ni. Saat aku mahu memilih
matrik matrik yang bertuah (ecehh ayat kau), sekali hanya ada tiga
sahaja matrik yang boleh dipilih. Johor, Pahang dan Kedah. Aku pun
tanpa berfikir panjang letak Johor kat pilihan pertama. Pahang kat
pilihan kedua dan kedah pilihan ketiga. Ikut kejauhan lah. Bila balik
asrama, kawan aku ada yang pilih Johor, Pahang,Johor. Aku dah What
The… aku tak tahu pun boleh pilih sama negeri dua kali. Kalau aku
tahu aku buat macam tu gak. Ada jugak kawan aku yang mintak Johor,
Johor dan Johor. Ni memang mintak tak nak merantau! Hua hua hua
Menurut cikgu aku tak payah risau sebab setiap matrik nak 300 orang
je. So, maybe kitorang orang Johor ni senanglah dapat.
Dah
abis lepas penat lelah berhempas pulas berSPM bagai, masingasing buat
hal sendiri. Ada yang pergi PLKN. Aku le tu.. ada yang dah kijo dan
ada yang jadi penganggur terhormat.
Bila
tiba permohonanUPU dibuka, aku dengan excitednya antara orang yang
paling awal memohon. Time tu dalam kepala otak aku, aku nak mohon apa
yang aku belajar aje. Awam dan senibina. Masa tu tengah PLKN lagi.
Aku ada chance pun sebab aku balik rumah sebab demam denggi. Kesian
kan aku..Sobs
Mac
haritu result sebenar SPM keluar, okay lah walaupun tak capai target
aku. Lepas result keluar, barulah kawan kawan aku kepoh kepoh pasal
UPU. Aku senyap je sebab aku dah mohon. Aku cita kat Fana pasal
markah koko. Markah yang cikgu bagi tu 7.15. tapi kat borang tu
markah sampai 100. Aku ni low sangat ke sampai 10 peratus pun tak
sampai markah koko aku. Punya lah aku masuk sana masuk sini untuk nak
dapatkan markah koko. Lagi lagi PBSM. Fana kata markah yang cikgu
bagi tu darab dengan 10. Huh hanya allah je lah yang tahu betapa
gelabahnya aku sebab aku tak ingat dah berapa kali aku kemaskini.
Takut takut dah melebihi had. Akhirnya boleh ditukar atas jasa ibuku.
Alang – alang mak aku ada sekali, aku Tanya dia pasal kesesuaian
pilihan aku ni. Mak aku kata, pilih lah jurusan yang aku minat. So,
dari banyak banyak awam, aku tukar ke senibina. Bukan aku tak boleh
bawak awam. Cuma aku dapat A dalam SPM pun sebab aku BACA, INGAT dan
HAFAL. Bukannya aku paham sepenuhnya isi kandungan dalam buku teks
tu.. hik hik. So, selain dari dua tu aku tak tahu aku nak amik apa.
Otak aku ni kecik lah. Susah nak berfikir diluar kotak.. hos hos.
Macam kawan kawan aku, ada yang amik TESL, sains computer, Quantity
Surveyor macam macam lagilah.
Bila
kekecohan telah reda, tibalah masa untuk menge’check’ panggilan
temuduga pula. Dan sekali lagi kecoh. Kalau Jihan tak bagitahu aku
tak tahu agaknya. Disebabkan aku amik course senibina, dia ada
interview. Uni yang aku mohon adalah Uitm dan UM. Disebabkan ada
perasaan riak dalam diri aku ni, aku rasa aku confirm dapat interview
tu. Disebabkan over confident tu lah aku tak dapat interview kat
Uitm. Masa nak check kat UM lak, web dia buat masalah. Sabar je aku.
Nasib baik Jamie ada sokong aku suruh sabar. Huhu bila dah dapat
masuk web tu dan check, sekali lagi aku di down kan oleh result dia.
Down tu memang lah. Tapi salah aku gak pergi over confident wat pe..
So, kat sini aku dah dapat satu pengajaran. JANGAN OVER CONFIDENT.
Kau tu bukanlah pandai sangat sampai orang tu sure sure nak pilih kau
pergi interview. Result selama ni pun turun naik
Mak
aku macam dah pasrah suruh sambung je kerja kat situ alang alang dah
selesa kat situ. Tahun depan cuba lagi nasib. Tapi mana boleh macam
tu.. dalam pilihan UPU ada 6 lagi course yang aku mintak. Matrik
belum lagi tahu keputusan. So, kita tak boleh putus asa okay?
Bila
kekecohan mula reda kembali ada satu berita pula yang mengembalikan
kekecohan itu. Iaitu keputusan matrik. Memang aku dapat tapi….
Tapi…. Aku dapat dekat Kedah.. KEDAH bhaii.. tahu tak K.E.D.A.H??
Nu utara sana.. Jauh tu bhaii.. Dan yang bestnya, mostly of my friend
pun dapat kat sana. Huhu tapi yang malangnya kawan aku Fana dapat
form six. Kesian dia. Aku bukan nak cakap form six tu tak bagus, tapi
level STPM bagi aku tinggi woo. Macam harapan nak dapat 3.5 and above
tu dalam tanah laa. Tapi matrik lebih kurang sama aje. Cuma level dia
rendah sikit dari STPM.
Berbalik
pada matrik tadi. Memang aku tak ada masalah nak belajar kat sana. At
least boleh belajar loghat Kedah. Aku kalau bab bab loghat ni, nak
paham senang lah. Kalau suruh cakap berbelit lidah titew nanti.
Lagipun tu tempat orang, boleh berlajar sambil berjalan jalan.
Ecehh.. cari pengalaman baru.. dan dekat dengan Perlis. Rumah mak cik
aku.
Tapi
masalahnya lagi, kos dari Johor ke Kedah bagaikan membakar duit
sendiri secara berjemaah tahu tak.. Mak aku kata dalam RM500++ tu dah
boleh bayar pendaftaran aku masuk matrik da.
Aku
tak tahu nak pilih antara masa pendek atau cara efektif.. Maksud aku
kat sini adalah
1.
lebih baik aku masuk martik kalau nak cepat terus degree. Tapi
risikonya ialah, kena dapatkan pointer yang tinggi. Macam mana nak
dapat pointer tinggi?? Kenalah rajin.. ye dak?? Aku takut bila dah
ramai kawan aku jadi leka..
2.
Orang kata Universiti lagi bagus dari Politeknik. I mean Politeknik
untuk orang yang low low. DISAGREE.. Kalaupun Uni untuk orang pandai,
tapi mengikut sumber aku yang boleh dipercayai mengatakan Uni
kebanyakan belajar teori. Maksud kalau dalam bidang Senibina lah.
Politeknik lak kalau ikut zaman sumber aku tu amik diploma dua tahun
then praktikal setahun baru sambung degree. I know its kinda same
like Uni. But I think it more praktikal. Kalau kau masuk Poli, banyak
praktikal than teori. Macam sekolah Vokasional lah kira.
So,
should I choose Matrikulasi or Diploma??
suka gabungan warna ni.. ok tetiba.. --'' |
0 person read and comment:
Post a Comment