Assalamualaikum! ^_^v
You know what, hari ini saya keluar dari rumah! Saya tahu itu jakun. Sejak result keluar hari tu, saya hanya 'berkurung' je kat rumah. Budak baik lah katakan. *cehh* Lagipun hari ini hampir satu Uda ini tak ada air. *macam tak ada kena mengena*
Sebenarnya mak ajak pergi usha-usha Jakel je . Eh! eh! *sambil buat muka teruja* Tahu tak! Ada satu gedung Jakel baru buka dekat dengan rumah saya.Ala Jakel syurga tekstil tu. Besar Punya! Nak bagi alamat tak tahu pula. Senang cerita dia dekat dengan Angsana. Merupakan bangunan berwarna kuning diraja tepi jalan.
Walaupun dah buka, tapi ia still under construction. Masuk-masuk je dah bau kedai. Bahagian bawah sekali biasa-biasa je. Ada banyak gulungan kain pelbagai jenis, pelbagai tekstur, pelbagai corak dan juga pelbagai harga. Kalau bab harga tu memang mak tak pandanglahkan. Harga dia, mak ai saya rasa mak datin je boleh borong. Pergi tingkat dua, dia sediakan kain-kain untuk pengantin. Kami tak singgah lama sangat sebab tak ada orang yang nak kahwin pun. Tingkat terakhir pula menempatkan tekstil langsir. Kat sini saya sangat teruja sebab terlalu banyak kain untuk dipilih! saya pun rambang mata sebab cantik belaka.
Pilih punya pilih, mak saya beli kain langsir yang RM10 semeter. Murahkan? Kata tengah sale. Mak saya beli 11meter. So, RM110. Err, mahal la pulak. tak apa lah, untuk cantikkan rumah juga.
Alang-alang dekat dengan rumah, nak lah mintak kerja. Kebetulan diaorang amat memerlukan pekerja sebab tengah sale dan gedung tu pun baru je buka. Mak saya tanya promoter yang asyik ke hulu ke hilir ikut kami pasal jawatan kosong. Dia tanya umur berapa. 18 lepas SPM. Lambat sebab pergi PLKN hari tu. Saya just senyumlah.
Masa mak tengah survey kain, saya tanya promoter tu
Saya: Akak, kerja kat sini buat apa je ah?
PR: Macam yg aawak tengoklah
Saya: Diajarkan?
PR: Ha'ah. Emm, kita sebenarnya sebaya
Saya: HAH?!
Okay, masa tu saya amatlah terkejut beruk. Rasanya beruk pun tak terkejut macam saya. Muka dia matured sangat. Then, berbual dengan dia. Dia sekolah Taman Daya 1. Cakap pasal result, macam2 lah. Sampai mak saya join kitaorang balik.
Nak mohon kerja, pergi jumpa bos Jakel tu. Inteview punya interview sekali dapat. Yeah! gembira rasanya. tak lah tanam anggur belakang rumah lagi yang tak pernah nak berbuah tu. Start 4April. OK set. cakap dengan ayah. Ayah bantah. Ala~~~~ kenapa????!
Lepas pergi Jakel, pergi @Mart. Saya tercari-cari kedai beg yang Fana cakap tu. Tapi sebelum tu, kita isi perut dulu!
Ooishi, Wantan Soup |
Lepas tu, pergi keluarkan keluarkan duit dekat pak chik bank. Keluarkan RM50. Nak save sebab nak beli bag je. *cadangnya* Pilih punya pilih, alamak! cantiklah semuanya. Rambang mata mak tengok. Last2 warna purple juga menjadi idaman kalbu. hihi
Ok tak? Ok tak? |
Hah! Cuba teka harganya. RM60? RM70? Nope. Just RM30. hehe Saya hanyalah warganegara yang berstatus sederhana. Guna pun duit elaun PKLN. haha *ish*
Di pendekkan cerita, masa makan ternampak kedai CD. Nak beli drama Korea. Dah lama tak tengok. So, pergilah singgah. Kat sana pun rambang mata nak pilih drama apa. pilih punya pilih, ada dua drama yang tak dapat di decide kan. Harga sekeping CD RM4. Ok lah tuh dari kat Angsana RM5. Dalam satu drama ada 3 CD. So, RM12.
Saya tanya adik, yang ni ke yang ni? dengan kuatnya supaya bos kat disitu dengar dan bagi cadangan nak pilih mana satu. Tapi malangya dia buat dono je. haih -_-''
Bila dah habis pilih, saya hulurkan RM20, untuk CD harga RM12. Nak beli 2 drama RM24. Tak cukup duit dong! Lepas dah bungkus, tauke tu amik CD yang saya tak jadi nak pilih tu. Dia kata kira 1 drama RM10. haha Gumbira betol saya!! :D
Mesti dah pernah tengokkan? |
Nilah CD nya. kalau kat Angsana ni dapat RM30. Sini RM20. Thanks Boss! Kalau tak tahu ni cerita apa, ni cerita BIG dan FULL HOUSE2.
0 person read and comment:
Post a Comment