Riak di Media Social (kopi pes)

Riak di media sosial. 

Ada orang post gambar nikah grand. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah simple. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak.

Bila Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata dia cuma menjatuhkan imej orang Islam kerana menunjukkan orang Melayu Islam cuma pandai jual kosmetik untuk jadi jutawan. 

Bila Dato' Vida tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata orang Cina, orang India hasilkan jualan yang ada kreativiti, manfaat, inovasi pada ummat, tapi orang Melayu berlumba-lumba jadi kaya hasil iklankan bahawasanya manusia kena kelihatan cantik dan menarik. Manusia perlu bermuka puteh. Melemahkan orang Islam.

Ada suami isteri yang post gambar mereka dan anak. Orang kata mereka riak. Fynn Jamal post, orang kata riak. Atita Haris post, orang kata riak. Irine Nadia Marcello post, orang kata riak. Kata mereka, nak menunjuk-nunjuk ada anak comel. Macamlah orang lain tak ada anak. 

Ada orang post pasal kebajikan, orang kata dia riak. Raja Shamri bina thirdforce, orang kata menunjuk nak jadi YB la tu. Saiful Nang bantu anak-anak yatim, orang kata riak. Syed Azmi bantu gelandangan, orang kata dia riak macam dia seorang saja prihatin nasib mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Ada orang post pasal kucing, Papa Hero buat rumah kucing terbiar, orang kata riak juga. Oh My Jep pun terkena riak juga. 

Masya-Allah. Astaghfirullah.

Sikap orang Malaysia.

Punca kita hasad dengki pada orang tidak lain tidak bukan sebab,

--- Sakit hati tengok bilangan followers, likes dan viral. Populariti. Dia LAGI LEBIH DARI AKU.

Itu saja sebabnya. 

Ketahuilah rezeki masing-masing sudah tertulis. Seandainya Allah rezekikan kamu dengan bilangan sekian-sekian walaupun sedikit, syukurlah. 

Seandainya Allah rezekikan orang lain dengan bilangan sekian-sekian yang melebihi rezeki kamu, maka bersabarlah. Jangan dengki, jangan sakit hati.

"Tidak ada makhluk yang melata di bumi melainkan Allah sudah jamin rezekinya dan juga bilangannya."

Dia lebih likes, itu rezeki dia.
Dia lebih followers, itu rezeki dia.
Cerita dia viral, itu rezeki dia.
Dia kaya, itu rezeki dia.

Sesungguhnya Allah tidak mengajar kita menghukum orang lain berdasarkan apa yang berada dalam hati seseorang itu. Kita tidak tahu dia riya'. Kita tidak tahu apa dalam hati mereka. Ikhlas atau tidak bukan kerja kita nak menilik hati orang lain kerana Allah saja yang Maha Tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Allah Pemilik hati.

"Setiap kebahagiaan yang sengaja dipamer usah disangka Allah tidak akan menduganya."

Usahlah kita merasa dengki dengan kelebihan orang lain lagi. Kerana kita tak tahu, adakah benar yang mereka dapat itu rezeki, atau cuma istidraj?

Istidraj adalah hukuman. Allah bagi dia lebih, lebih dan lebih lagi di atas kekufuran dan kemaksiatan yang dia buat. Kita tak tahu.

Yang kita patut respon adalah pada mungkar yang dipamer. Misalnya, kita tak setuju cara pengiklanan produk-produk kosmetik yang menampilkan aksi ghairah dan tak tutup aurat, kita tegur dan nasihat.

Kita tak setuju terlalu banyak gambar personal dikongsikan, bimbang akan dimanipulasi pihak tertentu, kita tegur dan nasihat. 

Kita tak setuju pada cerita-cerita kebahagiaan couple seperti duk screenshot perbualan whatsapp kekasih padahal belum nikah. Cerita sambut birthday kekasih. Itu semua haram. Walaupun page-page besar promotekan kesweetan yang hancing itu, tidak menjadikan ianya halal.

Tegur bukan untuk menjatuhkan. Nasihat bukan untuk downkan.

Ada Muslim yang berjaya, kita bangga.
Ada anak Melayu yang berjaya, kita tumpang gembira.
Ada kawan kita yang sedang bahagia, kita doakan mereka makin bahagia dan berdoa moga dengan doa yang kita panjatkan itu, Allah juga bahagiakan kita.

Akhir kata, meskipun kita cuba bersangka baik, kita pun berharap moga-moga mereka dan kita bersikap sederhana. Tidak terlalu mempromosi diri, tidak terlalu mengangkat diri. Kerana ikhlas sukar dicari, riya' sentiasa mencari peluang di hati.

Kebahagiaan atau kekayaan yang kita ada, semua bukan milik kita.

Semua milik Dia. 

Bila bukan milik kita, kenapa kita nak sombong sangat dabik dada?

Sekian.

— Penulis Misteri,
Abg Bikai

Youtuber, Modelling, Blogger

Assalamualaikum, hi!
My previous post said i will posted my degree life here. Tapiiiii sekarang dah end of semester dah weyhh. Hahah waiting for my last paper. Next monday (11/1/2016) anddd im distract from my study (yeay)!

I admit it, sepanjang semester ni banyak benda berlaku. And I do have the picture memories. Nak tulis nya tu hmmm. Tapi im still wanna write it no matter what sebab this is my memory and I want to share it with my future self! And you (kalau ad yang bace lol)  Alasan aku tak sempat post adalah busyyy sangat. And aku tulis blog ni kat phone. Satu hari tu i even delete the blogger apps sebab nak guna kan memory untuk recording video. Bukan apps ni je. Game2 semua aku delete. Haha even dubsmash adik2 aku, aku delete. Tak sempat nak save tauuu sbb delete on the spot. 


and rasanya aku nak edit balik sikit2 blog ni sebab sooo not up to date. Umur 18?! In fact, memang aku 18 tahun pun walaupun aku lahir 1995 (lol). 



Tapi aku tahu. Nak editnya memakan masa almost a day! Nak puaskan nafsu memang susah weyh. Mula2 kau nak simple template je. Then bila tengok contoh template yang lain kau suka pulak yang banyak kerawang pink2 bagai. Lepas tu rasa semak kau buat half2. Then orang letak ni kau pun nak letak. Nak paham coding bagai. Lepas tu tukar warna pulakk. Tukar gambar. Sampai bila pun tak siap. 

Btw, In 'ABOUT' tab, rasa macam nak bunuh diri je sebab what the heckk selfie aku?? Rasanya aku dah lama tak post gambar selfie (sorang2). Gediknyaa muka aku. Time ni aku still belieber. Maksudnya dah lama. Haha now im kpopper eh landscaper eh eh garderner. 



Sebenarnya tajuk kat atas adalah angan2 aku. Hakhakhak sebab aku distract sebab tengak benda semua ni lah dan berharap ianya terjadi kat aku(aminkan cepat!) 

Aku baru tahu youtuber die bayar on views. Bukan subscriber or likes or comments. Lebih kurang $2-$5 per 1000 views Haa kau bayang kan video gangnam style tu bayaran dia berapa?? Tu yang nak try. 

IIUM: DEGREE IN LANDSCAPE ARCHITECTURE

Assalamualaikum. Dah lama tak update blog haha you know, before this aku punya blog macam tah pape. Tapi kali ni (kalau rajin) aku nak updape dengan benda yang lebih bermakna sebab aku dah degree! Tapi ape kena mengena blog dengan aku dah degree? 
.
Tak silap aku blog ni wujud since aku form 4 kot. And life aku masa sekolah amat kah membosankan. Aku buat untuk cerita kenangan crush sana crush sini. Haha but it was a good moment okay 😋 tapi lepas sorang kepada sorang, aku akan delete cerita pasal crush lama. Haha tah pape je. But hey crush aku mase upper high school dalam 2-3 orang je. Haha so tak ad lah mcm playgirl sangat 💁🏻 
.
Bila dah masuk asasi, kehidupan aku dah mula rasa excitement die. Sebab aku study lat KL. Tapi yang membuatkan die tak rasa sangat excitement die adalah. Aku jalan2 pun pergi shopping complex je. Paling common mid valley la kan 💁🏻 tu pun alasan nak release tension selepas 5 hari kelas. Haha nak join aktiviti lain macam tak sempat. Sebab budak archi kan (alasan) okay sebab aku malas
.
So bila dah degree ni (baru 3 minggu) aku sedar, time degree lah aku nak rasa macam2 pengalaman kan. Kalau dah kerja nnti kau dah tak boleh nak jalan2 sbb terikat dgn kerja. Kalau asasi pengalam tak cukup ummph lg sebab 2 tahun je kan. Kali ni 4 tahun weyhh. Walaubagaimanapun aku tak boleh leh aktif sgt sbb aku still amik course design (meh) so busy die macam asasi lah. Setakan ni dah 4 task Kena buat. Baru 1 subjek. Belum subjek lain weyh. Tapi ada banyakkk aktiviti yang kau boleh join kat sini. Rambang mata nak pilih 👀
.
So akan datang aku akan cite pengalaman aku kat sini. Kat mana tu?
Universiti Antarabangsa Islam Malaysia Gombak. Cewahh. Majoring in Bachelor in Landscape Architecture. 

Second year student!

Alohaaa sweetie. Dah lama sangat kan saya tak post. You know what, its a very hectic sem for me.  Oh. Lupa.  Saya dah masuk tahun kedua asasi!  Act dah final project pun.  Lol terukkan.  Dulu punya lah beria nak update blog.  Sekarang hampeh..  Haha

Btw,  sekarang kan sy dah final project. Nak lah jugak tunjuk antara project yg dah siap.  Hehe pstt.. Im an archi student.. Kalau korang tak tahu lah.  Hehe

Ahaha..  Sorry for the tunggang terbalik picture. Now saya tengah buat *not buat* emm lebih kepada idea untuk pavilion kat UIA gambang.  Dengar cerita design yg dipilih akan dibina betul2 kat sana.  Tak tahu lah kebenarannya.  Btw,  pavilion bukan yang kat KL tu tau!  Pavilion is a building that build in the garden.  Biasanya orang buat masjis or party kat sini.  Tak pun just untuk bersantai. Okay gambar kat atas tu baru site and location plan. Dekat nama kta nak bina pavilion tu. Okay..  Ni dia punya progressing of the building

Hanya perspective je la yang mampu.  Tu je yang sempat tangkap..  Huhu untuk bangunan lak,  kitorang kena buat multiview such as plan view, side view, front view and section view. Then proceed to axonomatric, one and two perspectives. Haaa complicated takkk..  Kata pun final project.. Haha wish me luck��

Usrah

Okay. This is a short entry. Aku sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal henda lain. Tapi ni aku nak cakap pasal satu benda ni. Nak kata memalukan, tak ada lah memalukan bagi aku. But it supposed ashamed with it.

Okay. Aku baru je habis usrah. First time usrah masa sem break ni dan first time usrah kat luar. Bila akak Fauzan (ketua usrah) tanya kitorang,"pernah tak join usrah sebelum ni?".

Okay. Honestly aku tak pernah pergi usrah atas kerelaan sendiri. Bukan bermakna aku dipaksa. Tapi mostly orang ajak atau kebetulan. Tadi usrah pun kawan aku Yang ajak sbb ada akak kenalan dia ni ajak dan die pun mcm aku tak pernah hadiri usrah kat luar.

Sebelum sebelum ni aku hadiri usrah kat U pun masa ketua group fardhu ain aku buat iftar dengan group lain. So, secara tak langsung itu dikira ajakan orang. Group fardhu ain tu pun memang subject wajib diambil oleh pelajar UIA. Antara tilawah, fardhu ain atau study circle. Dan ianya mengikut level. Kira aku ni level 2 lah..

Then usrah seterusnya bila meeting hisbah line up (AJK hisbah). Sementara tunggu orang datang, President kitorang atau sesiapa sahaja akan buat usrah daripada bual kosong kan.

Then seterusnya time kelas mengaji. Kelas tu memang aku daftar sendiri. Macam biasa, sementara tunggu orang datang kitorang akan usrah.

So, tu aje lah usrah yang aku pernah join. Aku tak ada lah nak mencari usrah macam diorang yang datang tadi.

Aku terfikir, punyalah banyak peluang untuk aku usrah sebab uia tapi aku ambil remeh dan tak menyertainya. Tambahan lagi, ilmu ilmu usrah aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri je..
Ya Allah betapa ruginya aku. Peluang dah ada depan mata tapi aku tak grab peluang tu.