Showing posts with label Diary. Show all posts
Showing posts with label Diary. Show all posts

Assembly of Landscape Architecture students Malaysia 7 021215-051215 PART 2

Assalamualaikum!

Haa post yang lepas aku ada cerita serba sedikit apa itu ALAM.. Tu baru intro.. Belum lagi masuk cerita first day.. haha

For the first day began at night.. Masa kitorang sampai tengahari tu diorang bagi makanan and suruh rehat. Malam datang ke dewan (lupa dah nama dewan tu) Tapi dewan tu lah tempat kitorang buat aktiviti.. Not all activities.. But most of it.. Malam tu aktiviti mencari group (aktiviti biasa kalau join sesuatu program tu). Kat name tag memasing akan ada a piece of paper.. Ada warna pink, ada merah, ada putih. Aku dapat warna bright pink. Kebetulan kawan aku pun warna pink tapi aku tak rasa dia satu group dengan aku sebab masa daftar aku nampak senarai nama tu.. dalam group aku, aku sorang je dari UIA.. Tapi disebabkan MC kate ikut warna kertas, aku pun masuk je la group dengan kawan aku ni.. As expected, tak matching! Yang membezakan kertas aku dengan kertas diorang adalah kertas aku digunting kecil2.. diorang pulak besar2.. Then ada sorang ni intrupt. Dia tanya " sapa kertas dia kecik?" aku dengan naifnya angkat tangan (macam budak sekolah rendah tuww) die suruh ikut dia.. So geng2 kertas pink pekat kecik pun ikut dia and kitorang susun kertas tu macam puzzle.. As aku dah tahu nama group kitorang, aku pun selesai kan lah nama tu.. Tapi kitorang invalid sebab tak cukup complete (benda ni compete. siapa dapat selesai kan nama group dulu) Bila lama, still tak complete so kitorang syak group kitorang ni ada yang tak datang dari awal.. so tak leh nak buat apa dah..Nama2 group dinama kan mengikut kampung2 yang ada sekitar UCAM ni.. Nama kumpulan aku KAMPUNG SOLOK LIMAU lawak okay lawak.. haha tapi ada je nama kampung yang lagi lawak (tak ingat nama apa), So kesemuanya ada lebih kurang 14 kumpulan.. banyak jugak sebenarnya group tapi dalam satu group tak ramai.. dalam 8-12 orang.. group aku paling hambar rasanya.. ada 8 orang. 5 lelaki 3 perempuan.. tapi keesokan harinya perempuan dah jadi 4 orang sebab die sesat.. haha pun bolehh
.
Dah bentuk kumpulan, kena ada ketua.. budak yang tubuhkan group tu kitorang lantik dia jadi ketua kampung since dia macam sempoi je kan plus die budak UCAM jugak. Then kitorang kena cari mentor kitorang.. mentor ni untuk senang kan kerja lah.. kalau ada pape hal ke kan.. tapi bukan lah tujuannya untuk mengajar.. just membantu.. masa semua mentor kat depan, aku nak mentor hensemm.. malangnya dapat yang tak hensem (haha jahatnyaa aku) Dah dapat mentor, so next aktiviti adalah reka bendera, banner dan sorakan.. reka bendera dan banner aku okay lagi tau.. sorakan tu yang aku tak minat.. kalau dapat groupmate yang kreatif tak ape lah. tapi ni yang jenis ikut je.. aku pun jenis ikut je.. habis, siapa yang nak keluarkan idea? haha ketua kampung jugak yang keluar kan idea.. pape hal semua tolak ke dia.. haha redha je laa.. BTW ketua kampung aku nama Helmi tapi masa kenalkan diri dia kenalkan nama dia Usop. Mati2 aku ingat nama dia Usop tau.. Aku betul2 panggil dia Usop tau sepanjang program ni.. Aku ingat nickname ke ape.. nak dekat balik baru aku tahu nama dia Helmi.. DIA KATA NAMA DIA USOP SEBAB TEMA KAMPUNG.. KAH! Aku tertipuu.. haha tapi most of the time aku panggil dia ketua kampung je.

 
This is our flagg -_- Sooo literally translated.. haha kau bagi limau kan? haa aku letak limau.. Banner pulak kitorang tulis 'Aduhh masamnyeee' and guess what? our cheers is like this "Serr Serr aduh masamnyeee"  hahaha sumpah kena bahan.. ketua kampung je la kena bahan.. Bila tiba giliran kitorang MC cakap 'hah! ni yang group masam tu kan?' haha masam ada dua maksud tauu.. masam dia tu masam tak mandi! haha kuangjo.. Dah la kitorang dapat hues of green.. so memang sesuai lah.. ingatkan warna ni je ad.. tengok group lain diorang ada macam2 warna lagi.. aku contribute warna LIMAU tu je and the shadow of the lime.. Act shadow tu warna hijau gelap aku warna tapii kena padam dengan warna lain"

Girl members from the group.. Cantik2 diorang ni.. Dari depan : Aku( UIA), Mia (UiTM Shah Alam), Iera (Kolej Komuniti Tanah Merah tak silap aku) Lagi sorang time ni belum appear. Wawa
*bukan Wawa Zainal* (UPM)


These are boy members from the group Dari kiri: Afiq (UCAM), Bedai (UiTM Shah Alam), Zul*bukan Zul Arifin* (UPM), Najib *bukan Najib Razak* (UCAM) kekurangan Helmi aka ketua kampung juga dari UCAM dan mentor juga dari UCAM. Nabil *bukan Nabil Raja Lawak*
Seriously aku selesa sangat dengan diorang baik perempuan mahupun lelaki.. Biasanya aku ni kalau dengan lelaki, aku diam sikit.. Dan aku akan segan2 kucing.. Nak tegur pun pikir 4 5 kali.. haha dengan diorang takk. aku tegur je ikut suka aku.. Sebab diorang layan je.. Even aku dari UIA, diorang layan aku tak macam UIA.. yela biasanya kalau orang jumpa budak UIA be like 'Eh, Uztazahh' atau 'kat UIA boleh buat benda ni tak? benda tu tak?' Tu yang buat aku rasa kurang selesa sebab nampak macam ada perbezaan disitu.. Tapi diorang tak. sempoi gilak.. haha kalau berbual mesti pasal landscape.. And satu aku perasan yang membuat kan aku ni 'UIA' adalah diorang tak sentuh aku.. Like Langsung.. Sebab diorang ni aku tengok kalau gurau dengan kawan perempuan main tepuk tampar bahu kaki semua.. Dengan aku walaupun bergurau, at least tak ada sentuh2 ni.. aku tak kisah.. memang aku suka macam tu.. sebab aku memang macam tu.. Kalau diorang layan aku macam kawan diorang maybe aku akan rasa awkwardd.. Kalau perempuan pun selesa.. Yang si mia ni kira senior lah walaupun sama umur, tapi dia dah 2nd year and iera ni bawah setahu dari aku.. Tapi kitorang buat macam biasa je aku kau.. cuma kadang2 dia panggil aku akak.. haha yang laki lak umur semua atas 22 woo.. paling tua 24 tahun tak silap aku.. Tapi still perangai macam aku jugak.. Cakap kau aku gak.. Umur mentor je aku tak tahu bape sebab die je aku tak tanya.. yang lain aku tanya.. ahaha sebab dengan die aku tak selesa. see? macam tu lah diri aku kalau aku tak selesa dengan laki.. aku tak akan tanya soal peribadi.. (umur tu kira peribadi jugak hakhak)

Okay back to the topic. Bila masa nak prepare dah habis, setiap kampung akan mempersembahkan cheers diorang kau pentas.. haha aku tak ad lah malu sangat sebab semua orang kena buat kan.. lagipun bukan aku yang pegang mic.. haha



Lepas semua group present, maka boleh dah balik..
Aku lupa something.. Act lepas diorang suruh makan tu kitorang kena pergi dewan canselor sebab ad majlis pembukaan.. Interesting lah persembahan diorang.. Siap nyanyi lagu UCAM lagi.. haha



bekap dancers hensem lake. hahah ;D
sebelum perasmian


Assembly of Landscape Architecture students Malaysia 7 021215-051215 PART 1



Assalamualaikum!

Post kali ni adalah pasal ALAM.. Alam stand for Assembly of Landscape Architecture students Malaysia. Ni kira gathering budak2 landscape dari Universiti lain.. Tahun 2015 adalah tahun ke-7 dah Alam diadakan.. Alam 1 mula2 dulu kat UIA sendiri dan Alam 6 pun kat UIA. Kali ni yang aku join kat UCAM (University Collage Agroscience Malaysia). Aku rasa this is the first time diorang join. Ada beberapa universiti yang join and aku assume hanya universiti ni je yang ada course LA kat U diorang. Tak banyak pun. Still aku rasa best sebab rare.. haha kalau tak ramai orang join means senanng nak kenal.. tak ad lah bila nak berbual nostalgia lama kawan cakap "weyh kau ingat tak amin yang ketua group merah tu? die dah kahwinn" and aku pun balas "yang mana satu? ada 50 orang dalam group merah" haha kan dah spoil(probably gathering budak archi mcm ni kot.. diorang kan ramaii)
.
Okay back to the topic. Masa aku pergi tu ada UIA, UCAM, UTM, UiTM Shah Alam, UPM, Kolej Koomuniti (ada dua kolej) tak ingat namaa. Tapi kat dalam poster Lim Kok Wing and Politeknik suppose to come.. Maybe ada masalah kot.. Setiap Alam ada tema dia tersendiri.. Alam 6 KEMBALI.. Alam 7 OH! KAMPUNGKU. Oh ya! Alam 8 nanti akan buat kat UTM.. Dekat ngan rumah.. Nak pergi tapi tengok budget lah.. haha Untuk Alam 7 ni fee dia sebenarnya RM160 untuk 4hari 3 malam (lama kann) Kitorang bayar RM100 each. Lagi RM60 department belanja.. and guess what? UiTM free je weyh diorang pergi.. Department/kuliah/kerajaan kot yang tanggung. So beruntung lah korang yang pergi Alam yang dari UiTM. Kalau UCAM diorang kena bayar RM10 kot tak silap..

Kitorang bertolak dalam kol 9 pagi naik bas UIA.. Ops lupa btw UCAM tu kat Melaka.  Kiranya kitorang boleh Jamak qasar lah kat situ. dalam sejam perjalanan, kitorang benti kat R&R seremban. MAsa tengah makan2 tu nampak ad sekumpulan remaja mcm kitorang jugak. Aku dapat rasa diorang ni peserta Alam jugak. Sekali YES! betul sebab ada salah seorang tu pakai baju batch diorang tulis Landscape Architecture.. Kitorang dah pandang2.. haha sebab diorang mcm swag hipster sikit kitorang macam longoi je.. hahaha masa nak naik bas tu intai2 lah bas ape je yang ada. sekali bas uitm ada.. ada sah2 la yang tadi tu budak uitm. Bila dah sampai, kitorang pun daftar. UCAM agak pedalaman lah jugak. Kecik je tempat die.. Dari asrama ke kelas dekat je.. Nampak macam kecik tapi besar gak sebenarnya sebab diorang ada banyak tempat praktikal kan. Macam ladang jagung lah, kolam ikan, ternakan lembu, macam2 lagi.

Masa kitorang sampai tu sampai sekali dengan budak UiTM. Orang kat situ semua ingat kitorang uitm since uitm datang dulu.. haha okay yang mengejutkan adalah baju diorang lengan pendekkk.. Aku moody gak ah. sebab aku tak bawak iner.. kalau ye pun lengan pendek, inform lah dulu.. ni tak tibe2 je.. kitorang dah hilang arah da.. last2 ape aku buat? aku pakai blouse kat dalam.. haha longoi gilaaa.. sebab baju2 aku semua labuh so kalau nak pakai and tug in dalam semua macam tak selesa..

pelik tau kelabu dengan biru.. kawan aku tu kebetulan dia ada baju putih

Selpiaq dulu sebelum aktiviti


antara sahabat UIA ku.. huhuu


I want this and that

Assalamualaikum!

Dah lama tak update blog ni.. Sebab busy dengan assignment, online shop (IG @ tofucraft), Dan kehidupan seharian.. Betul cakap madam ICT aku naik cuti mid sem mesti busy.

Dan post Kali ni aku nak luahkan perasaan atau lebih tepat membebel. Apa yang aku cakap ni memang from deep of my heart. Bukan nak menunjuk pun. Lagi pun aku tahu tak ada orang baca pong..

Okay.. I want this and that refers between me and Allah. You know as a girl or woman, kita mesti seronok kalau tengah cuti aka period kan? *ke aku sorang je yang rasa* yep aku suka kalau tengah period. Boleh bangun lambat dan tak payah kejar masa. But when its time to the period over, I realized that I miss begging to Allah..

Yelah.. Masa tengah cuti mananya nak berdoakan.. Aku pun kadang2 lalai jugak. Time nak tidur kmje kadang kadang berdoa kepada Allah.

Kan kita disunatkan berdoa dalam sujud terakhir? Aku selalu mintak kat Allah . macam macam. Dan Allah tunaikan hasrat aku tu. Alhamdulillah.. Walaupun kadang sipi sipi je nak tersasar target tapi Allah tak pernah menghampakan aku.

Terlalu banyak untuk aku senarai kan. Antaranya mase PMR. Target aku adalah 6A ke 8A. Dan akhirnya aku dapat 6A. alhamdulillah.. Walaupun ianya target aku paling rendah, at least ianya mencapai target. Then waktu SPM, aku target paling rendah ialah 4A atau 5A Dan Allah bagi aku 6A. Alhamdulillah.. Masa nak mohon UPU pulak aku letak UIA sebagai pilihan pertama. Firstly sebab mak aku yang suruh letak. Aku pun tak kisah sebab UIA kot. Siapa tak kenal. Tapi aku buat tak endah Sgt. Akan tetapi aku still berdoa supaya dapat masuk UIA. Dan Allah telah makbulkan doa aku Dan mak aku. Yang terakhir aku nak cerita time sem lepas. Aku berharaaaappp sangat yang exam Arab aku exempted Dan Allah telah makbul kan doa aku tu..

Walaupun kita dah berusaha tapi tak berjaya, kita kena percaya yang suatu hari nanti Allah akan tolong kita Dan kita kena ingat yang Allah akan sentiasa dengan kita.

Ad sekali tu aku terbangun lambat nak pergi kelas. Punya lah aku kalut takut lambat. Aku berdoa sangat sangat yang ad manusia yang datang lambat dari aku. Sekali sampai, lecturer aku sendiri belum sampai. Haha thanks to Allah..

Sebab tu aku suka meminta dari Allah. Sesungguhnya Allah suka akan hambanya yang suka meminta minta.

Maybe kalau tengok aku ni happy je sebab apa yang aku nak dapat. Memang aku gembira Dan bersyukur. Tapi ada benda yang aku sekali mintak dari Allah and I keep begging from him tapi tak dapat dapat iaitu sebuah keluarga yang bahagia. Maybe ada hikmah disebalik Allah tak kurniakan aku keluarga yang bahagia.. Maybe Allah akan kurniakan keluarga bahagia bila aku ada keluarga sendiri dengan suami aku. Who knows? Tapi aku kesian kat Umi aku. Hmmm harap Allah berikan dia kesabaran dan tabah hadapi kehidupan ini.

Dan satu lagi yang aku mintak kat Allah selalu.. Aku mintak bukannya Allah tak tunaikan lagi tapi belum tiba masanya.. Aku mintak supaya Allah kurniakan aku seorang jodoh aka suami yang beriman kepadaNya, kaya dan hensem. Yang boleh bimbing aku dan anak aku nanti. Aku ni bukannya terbimbing sepenuhnya pun. Aku minat kat sorang brother ni. Mcm mne aku terserempak, nanti aku cerita. Dia kot first laki yang aku suka betul2 sejak masuk U ni. Yang budak kelas aku tu aku minat saje saje je. Sebab dia hensem.. Hehe aku halang hati aku dari minat sesiapa Sebab pakcik aku pernah pesan jangan nak couple 2 ni.. Asasi ni kena buat elok2. Kalau tak susah nak dapat tempat kat degree nanti.

Brother tu tak kenal aku pun.. Aku je bertepuk sebelah tangan. But surprisingly, die same course dengan aku dan budak dua tahun jugak. Harap2 dia orang first dan last aku suka kat CFS ni.. Dan harap dia orang last yang aku suka sepanjang hidup aku ni.  Hahaha atikah gatai.. Okay lah nak pergi kelas BI ni * budak dah exempt Arab tapi bukan BI*

suka suki di Mid Valley, The Gardens dan KLCC

Assalamualaikum....

this is the first time im using blogger apps in my phone.. hahihu..

tiga minggu berturut2 ni aku asyik keluar je.

JUMAAT
aku keluar dengan kawan aku time plkn. die pun UIA gak. dah lame tak jumpa kan, borak lah borak. die layan  tak sengaja, ada pc expo pulak.. okay.. malas nak bercerita..

SABTU
sabtu pulak roommate ajak pergi klcc. selama aku belajar kat KL ni, tak pernah jejak klcc lagi. sekali bukan pergi klcc pun. SEBELAH klcc. hmm tak pe lah.. sebelah pun sebelah.. dah lah diorang makan kat swensens.. peh, harga makanan die tak ada bawah rm10. at the end aku beli aiskrim  je .

diorang senanya nak pergi H&M orang kaya sementara la katekan.. aku memang cadang tak nak beli pape.. mahal kot..

tapi.......kata2 itu hanya dibibir sematan aku singgah butik Cotton On. terjumpa plak kasut. aku pulak memang suka kasut ni. so, nak dijadikan cerita, kasut pink itu telah pun menjadi milikku

Work 1

Yeay! Harini first day saya kerja. Best juga lah. Jadi cashier, susun barang, tag harga. DUA peti sejuk tu kena hafal harga - harga air. Tak campur harga aiskrim lagi. Saya dah la jarang beli aiskrim. Semua barang saya tag harga. Takut lupa. -_-" Jadi cashier pun ada cabarannya juga tau. Banyak kali saya salah tekan mesin tu. Nasib baik bos tak marah. Ustaz lah katakan.

Tengahari pula isteri dia datang. Ni ustazah pula. Pakai purdah. Teringin nak tengok muka dia. Dia datang baa anak kecil dia. Afifah namanya. 5 bulan. Tapi dia demam. kesian. Diorang berbual dalam bahasa arab tau. Jangan main - main. Dalam lebih kurang pukul 3 dia ajak makan bekal yang dia bawa. Dia pun bukalah purdah dia. Wah! Cantik sangat. Muka macam Pakistan. Saya suka tengok muka dia bila dia senyum. :). Cantik je. Gigi dia tersusun rapi.

Malau tu, semua otot rasa sengal - sengal. susah nak tidur. Aduh!

HAPPY 1ST ANNIVERSARY B1A4! From ur BANA (Naruha Atsuko)



My first heart on you is on OK song. well, that your first song of all and your debut song. that time, I just only know that theres a group named B1A4. to me, you guys just ordinary group. when i ask my friend about your song? she say nice. OK. then, i try to heard your song. first itme i heard, there was no attractive to me. it not pay my attention. then, i replay the song a few times.. on that time, there's a BIG LOVE come out from my eyes. teehee. :]


the time i try to know you guys, i try to remember you guys name. the most i know to reconized is CNU. you know why? because of his spectacle. Baro is the next one. because he used tu wore a hat on his head. the extremely hard to reconize is Sandeul, Jin Young and Gongchan. you guys face is very similar. i have to at so close view to reconize them. haha now,just look at one eyes , i know who is he and who is he..

thgen your hot song is 'only learned bad thing'. i just love it. then you comeback with ' beautiful target' Ahhh!~ i wish i that woman in that MV. started from that song, ypur fans were increased in very high rate!  when i ask someone " when you love B1A4?" they usually give answer like this " since beautiful target song" and now, you comeback with 'baby i'm sorry'(i'm forgive you XD) but, there's song that i love too.. all your songs.. 
  • wonderful tonight
  • fooool (most liked)
  • only one
  • this time is over
  • remember
  • bling girl
  • my love
  • sky
  • chu chu chu
then, watch all episode in MATCH UP! MTV.. aigoo! you guys are soo funny even in episode one.
your album that:
Studio Albums
  • 2012: IGNITION
Repackaged Albums
  • 2012: TBA
EPs (Extended Plays)
  • 2011: Let's Fly
  • 2011: it B1A4
Digital Singles
  • 2012: THIS TIME IS OVER


i've to see with almost go out eyes saw others own your album. i wish i had that too. but, as a student, i can't afford it unless use my parent money. but, i wish my parent give me to us thier money to your album but not study. :( 



My Prince Charming..

ENTRY NI SAYA BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI. SO, SAYA PAKAI AKU SEBAGAI KATA GANTI DIRI.. (_ _")

(BERANGAN)
Aku harap pasangan hidup aku macam orang tu. aku suke dengan cara orang tu. semuanya/ haha kecuali badannya yang sedikit berisi (bukan gemuk). 

Tapi malangnye, dia dengan aku boleh bersentuhan, bersalaman dan apa2 je lah yang boleh bersentuhan kulit.. siapa dia? mestilah dia ada talian persaudaraan dengan aku.. heh heh heh.. ciri2 die..:

  • hormat orang tua
  • lembut dengan perampuan
  • tak merokok (tu yang penting)
  • rajin
  • kuat iman (agaknya)
  • hensem la jugak
  • gelap sikit (ada aku kisah?)
  • layan aku dengan baik..(haha)
aku memang rapat dengan dia dari kecil pun..

p/s : i'm not in love with him! harap maklum. anggap abang je. bestnye ada abang macam tu(utk aku je, bkan adk2 aku)

Kasturi

Kasturi ni bukan lah limau kasturi. tetapi, nama kedai topup ayah saya. selama 1/2 bulan berkerja disitu. akhirnya isnin ialah hari last saya.. yahoo.. tapi, kerja makan gaji je la. kadang2 main komputer. kalau ada ayah saya, haram tak kasi guna komputer..:(

Banyak perkara yang terjadi sepanjang kerja kat sini..

Kalau pergi kat tempat macam ni mestilah jumpa ramai orang kan.. saya jumpa
  •  lelaki hensem, 
  • banyak jerawat, 
  • pengkid, 
  • pondan, 
  • maknyah
  • tomboy
macam2 ada~ yang tak enaknye, masa bertukar duit atau handphone, mesti kadang kalanya tersentuh kulit.(kalau perempuan tu tak pe juga). tak sedap hati pun ada juga. tapi, tak apa lah. orang tu bukanye sengaja kan, tangan dia tu yang besar sangat.


saya ada cerita dekat kawan. dia cakap, mesti ramai nak mengurat nanti. tapi masalahnya, ada aku layan..haha dia kata lagi, orang cina kan ramai suka lepak dekat kedai topup.. yeke? tak ada pun sebenarnya. saya mengia kan je.. lol. tapi, satu hari tu, ada juga orang cina datang topup. hensem melecun tuu.. tapi, buat apa saya nak terhegeh2 kan, yang melayu datang pun pandang sebelah mata je..

setiap hari kalau kerja, perkara saya selalu buat " senyum sambil cakap terima kasih dan senyum lagi"

About Wish

Sebenarnya, saya nak tulis azam. Tapi, tak tahu apa maksud azam. *malas nak bukak google translate*.. As a SPM candidate next year. a lot of stuff that i had to done before SPM.. Lagipun, banyak benda yang saya kene improve..bukan sahaja dari segi cara belajar, tapi... emm entah lah nak di kategorikan apa.. tak apa, let's me list it out!

1. Penakut
Itulah yang saya nak cakap tadi.. actually, bukan penakut sebenarnya pemalu.hik3.. But, sometimes I admit it. saya sejak lahir dah ditakdir kan untuk jadi pemalu. masa kecil2 dulu, punya lah malu tak bertampat. orang yang tak kenal tegur, buat dang. *bukan orang lain, kawan mak*.

lepas itu, perangai ni diikuti oleh adik2 saya yang lain. sekarang dah besar, perasaan itu sedikit demi sedikit terhakis. sekarang saya hanya malu nak buat presantation kat depan, tanya cikgu, tegur orang yang tak kenal. tapi, benda2 semua tu, nak tak nak kena buat jugak kan. untuk kebaikan diri jugak.

2. Homework
Benda ni jarang sekali. maknanya sekali sekala sahaja ianya berlaku. menyiapkan kerja sekolah. dari form 1 sampai form 4, jarang nak siap kan homework. kalau awal tahun tu, setiap hari homework siap. yelah, azam time tu kuat lagi. lagipun, awal tahun mana banyak sangat homework kan kecuali yang nak ambil periksa besar. minggu pertama homework macam nak cuti seminggu cikgu bagi.

Tahun depan pun rasanya benda yang sama akan berlaku. tak siap, tiru kawan, tak siap juga, kena cubit/piat telinga/ berdiri sampai habis kelas. tu lah yang selalu terjadi bila kelas ADD MATH. kadang2 lupa nak buat..:)

3. Sleep
Tidur jarang juga saya buat waktu kelas terutama waktu KA dan LK..lagi kena buka mata luas2 kalau tak kena marah. waktu ADD MATH, BM, PJ, CHEM pun jarang tidur sebab cikgunya best.. yang selalu tidur waktu PI, BI, PHY dan  SEJ.

PI, cikgunya bukan nya tak best tapi, tetap tidur walaupun duduk depan cikgu. mungkin sebab syaitan tak pun sebab cikgu tak marah.>_<. Bi ni pula, cikgu nya baik. *kenapalah dari form2 sampai form4 cikgu BI baik sangat* betul! nak buat homework bersungguh-sungguh pun tak bersemangat.kecuali ada cikgu ni. saya suka cara dia mengajar. waalupun dia tegas2 lembut.

Phy sekarang cikgu dah tukar dan saya tak faham sangat apa yang dia ajar. dah la ajar dalam bahasa melayu *cikgu, syllybus kitaorang dalam BI* lagi satu, cikgu ni tak ade ekspresi muka. sejarah jangan cakap, memang dari form1 jarang nak dapat A..*kesian*
BUKAN NAK MENGUTUK, TAPI PENDAPAT.| SUMIMASEN|

 4. Money
Benda ini saya jarang sekali nak menyimpannya. Yelah, pergi sekolah kadang2 tak makan. makan pagi dah RM1.50. Tengah hari pula RM 1. duit belanjanya RM 3 je.

sebab tu, saya berazam kalau saya dapat top 30 dalam tingkatan, duit belanja nak naik ke RM5. kenapa top 30? sebab cikgu kata, top 30 boleh jadi harapan sekolah. Ceyh boleh jadi alasan nak naikkan duit belanja dekat ayah. hasilnya, saya dapat nombor 19 dalam tingkatan..huhu. *bangga :D*

Diatas adalah sebahagian kelemahan saya sepanjang bersekolah.. I want to improve it next year..U_U
P/s: HASRAT NAK TENGOK CERITA PRINCESS HOUR SEBELUM NAIK SEKOLAH TAK TERCAPAI TVT

Sutouri

Tahun 2012 semakin hampir. Sekolah pula akan dibuka. Mulai hari ini, saya akan tukar ganti nama diri saya dari 'aku' ke 'saya' haha.. Okay lah. Blog pun tak nak crowded sangat. Just Simple.

Tahun 2012, saya nak jadi lebih matang. Tak ada lah luahan perasaan bagai. Boleh tak? hmm Tapi, walau macam mana sekali pun saya buat dengan blog saya ni, tetap tak ada orang yang sudi nak baca betul tak? simple pun tak ada, cute skin pun tak ada apalagi kalau burukkan.

Bukan lah nak paksa orang komen, tapi bagi lah respon kalau dah baca entry saya. *sah tak ada orang baca*
Okay lah. tamat sesi luahan perasaan. Pasal azam, next entry.:)

Nak habis kan tengok cerita Princess Hours sebelum sekolah buka *lambat*

I Think

 
I think i want make a fan fics just like other bloggers.. but, the cast is not korean idol..all the cast is not really in reality.. what are you guys saying?

Lembut



Kalau cakap pasal lembut ni macam-macam boleh cakap kan. Forexample kulit lembut, even kain lembut. Semua benda lembut ni aku suka. Semua orang suka benda lembut ni. Tapi ada satu lembut yang aku tertarik. Lelaki lembut.

Tadi aku jaga kedai topup ayah aku. emm kerja sambilan. Dapat lah income sikit. Lepas tu, ada sorang mamat ni dia datang nak topup lah kan. tapi, sambil tu tangan dia ada aiskrim. Aku tengok je. Nak topup celcom 5. Kat tangan dia sebelah hanphone, sebelah seluk saku nak ambil dompet. aiskrim nye dia letak kat mulut. sambil tu, mulut bercakap.. haha kelakar aku tengok dia. bukan nak ejek. tapi aku suka lah laki macam ni. cute je. lepas tu, mase cakap sambil aiskrim kat mulut, aiskrim tu jatuh. haha comel betul. aku tanya nombor dia sebab nak topup. dia cakap tak sampai 2saat pun.. cepat gila.haha banyak kali aku suruh dia ulang.. aku tak tahu lah nape aku suka lelaki lembut ni. bukan lah lembut sangat sampai suara pun dah bertukar. tapi sekurang-kurangnya dia tak ganas. lagi pun, aku susah lah nak masuk dengan lelaki ni..

aku tak suka lelaki yang dirty talk