Assalamualaikum.. Ni throwback punya.. Tapi cerita ni terngiang2 lagi kat otak ni.. haha hari tu ternampak trailer dia kat FB.. Macam best je.. Then saya tag lah kawan ajak tengok kat JB nanti.. Then hari tu hari yang pergi bukit broga jugak tu dia ajak tengok.. perghh baru minggu lepas tengok wayang (THE 33. Besttt gilakk) Am I a cinema maniac? haha Saya bukan lah peminat cerita Thai sebanarnya. Tengok pun nak menghiburkan hati.. Ni movie thai ke 7 kot.. Eh lupa saya pernah tengok drama thai jugak.. rare kan.. haha maybe ada yang dah pernah tengok sebab dia tayang kat NTV7 rasanya.. Back to the movie, setakat ni saya pernah tengok 'A little Thing Called Love' (10 bintang first time tengok menangis kot), 'P Mark' (5 bintang), 'Teacher's diary (6 bintang. cerita ni best tapi ending die macam tu je. But it based on true story), 'Suckseed' (6 bintang, pengarah yang sama dengan May Who ni), 'I Fine,Thank You, I Love You' (8 bintang), 'The Swimmers' (7 bintang.. CAUTION ini cerita hantu.. saya tengok ingatkan cerita romance.. sekaliiii sakit jantung tengok.. haha), 'May Who' (8.5 bintang 0.5 sebab pelakon dia hensem muahahah)
Watak utama ada 3 May Who (saya panggil May Nhai la ye), Pong dengan Fame. Masa tengok trailer tu ingatkan si Fame yang watak utama.. Sebab sepanjang trailer ada May dengan Fame je. Even ada suara narater. Tapi tak aspect lah kan yang narater tu ada dalam cerita.. Narater tu Pong.. Si watak utama.. cerita dia macam ni..
Kat sekolah tu ada 6 kategori.. sederhana, pembuli, pengacau, nerd, Si cantik (cheerleaders), Leader (tak kisah lah ketua apa). Dan kategori yang paling tinggi (kategori 0 agaknya) adalah Fame. Even cikgu pun tengok dia terjerit2.. LOL Fame ni kira perfect lah.. semua benda dia masuk. Berlari, basketball, lawan pedang.. Dah lah hensem.. Pong dengan May kategori apa? diorang tak dalam kategori apa2.. Kategori unregconizeble.. Orang tak perasan dan tak kenal pun.. Kalau dalam cerita Hunger Game, diorang ni kira tak ad district lah. haha
|
Si cheerleader |
|
Si pengacau |
|
Si kacak Fame *AAHhhhhHHhh pengsan |
Pong ni suka Mink. Mink ni tak tahu lah dalam kategori apa.. So dia selalu perhatikan Mink ni. Kalau ada memory pape dengan Mink mesti dia lukis dalam buku as a comic. Masalahnya dalam komic tu dia lukis melebih.. haha contohnya petang tadi bola dia terlanggar kat Mink.. So Mink sepak balik kat dia.. Dalam komik dia lukis time Mink nak sepak balik bola tu skirt Mink terselak ternampak lah spentot. Then Mink dengan malu2 tanya "awak nampak ke?" Then dia tanya " nak tengok lagi boleh?" haha imaginasi kelaut.. Tapi dia gambarkan kan dalam bentuk kartun lah.. haha Btw, komik tu nak jilid ke 24 tauuu.
|
Si Mink |
|
Ni lukisan Pong.. Tapi ni jilid ke 25 |
Nak dijadikan cerita, dia tersalah hantar kerja sekolah dengan buku komik dia (dia lukis atas buku latihan logo sekolah dia) So akhirnya sampai lah ke Mink dan benda tu jadi viral. Punca Mink tahu adalah sebab si May Nhai ni bagi buku tu kat dia. Itu pun sebab ada nama Mink dalam buku tu. Lepas tu si Pong ni sakti hati lah seba satu sekolah tahu dia suka Mink dan.... pervert.. Secara tak sengaja dia tahu May ni boleh keluarkan voltan elektrik.. Dia buat komik pasal May dan viralkan kat sekolah.. Bila May marah dia rasa kesian kat May then dia hapus kan viral tu.. Since then diorang jadi kawan.. Si May ni pulak suka Fame.. Nak dijadikan cerita Fame ni perasan May sebab May ni lari laju.. So dia nak invite masuk pasukan larian.. Macam2 lah berlaku lepas tu.. Pong ni support May dari belakang. Macam2 dia fikir supaya bila May sentuh Fame, Fame tak kena renjatan elektrik.. Oh ya May ni kalau degupan jantung dia lebih 120, dia akan keluarkan elektrik.. Tak kira lah time marah, penat dan excited.. Kalau dia nampak Fame mestilah jantung berdegup kencang kan? Last2 Pong jatuh hati kat May.. Jilad 25 ni lah komik pasal May.. Then rupanya Fame pun suka May.. (OMG akuu sukaaa kalau macam ni haha sebab aku pun dalam kategori unregconizeble) Untung gilaa May.. Time hari sukan, Fame kata kalau rumah diorang menang, May akan jadi girlfriend Fame.. Pong pun rasa tergugat lah kan. Then masa Fame tengah lari (nak pass baton ke May) Pong confess (lari sekali dengan Fame) Cakap jangan menang.. At the first place, lepas May dapat baton tu dia tak lari sebab teragak2.. Tapi dia sambung lari jugak.. Akhirnya diorang menang.. Tapi May kata May tak nak jadi girlfriend Fame.. Fame time tu dah tahu.. Fame cakap "masa nak sambut baton kena tengok orang yang nak bagi baton tu.. Tapi awak tengok Pong" So time tu lah Fame tahu yang May sebenarnya suka Pong..
Kalau saya pun, saya pilih Pong.. haha Pong comel tapi Fame hensemm.. ahaha tak tahu mana nak pilih..
|
Komik Pong lukis "Si gadis elektrik" |
|
First time dapat tahu pasal May |
|
Cuba teka dia tengak buat apa?.... Cas bateri kereta.. haha |
Diorang in real life
|
Bank Thiti Mahayotaruk |
|
Dia before ni pakai braces.. Susah nak cari gambar dia tak pakai braces.. comelkann ^^ btw umur dia 20tahun |
|
Nama May senang sikit kot. punpun sutatta |
|
Thanapob Leeratanakajorn |
Btw, Fame rupanya hero kedua dalam cerita hantu yang saya tengok tu The Swimmer.. Patut lah macam familiar.. Cuma dia dalam The Swimmer tah hensem.. hahah
|
botakkk.. hahah |
0 person read and comment:
Post a Comment