Fanwar

Assalamualaikum,,
Sebelum ni aku bergiat aktif juga lah dalam FB, comment sana sini dan like sana sini kat kpop fan page. Tapi lately ni, aku tengok admin fan page tu semakin.... boleh dikira gila kuasa. She don't like exo and exo is prohibited from the page. Okay, forget about her

1. Matured vs Immatured
Ada senior fan *kebanyakan bukan fan exo* kata fan2 exo yang kutuk2 group lain tu immature. Dan dia mengutuk balik orang tu. is it that you called mature? Kenapa nak memperlekehkan orang lain. Suka hati dia. Dunia dia

2. Kalau kita amik hal sangat pasal orang lain punya kutukan pasal your group, just let him/her be. Biarlah kita dengan dunia kita. Nanti sendiri sakit hati kan. Mestilah rasa nak bash lebih lagi. Terutama for those who are muslim. Ia akan menambahkan lagi dosa2 kering tu.

3. Kalaupun kita tak suka sesuatu group tu, tak payah lah nak heboh2. its just for ourself.

4. Kenapa ek kena ada 'tak suka group tu'? I mean, If you love kpop, kenapa ada sebab untuk kau benci group lain. Diorang pun dalam golongan kpop. Tak kisah lah apa2 group even new group. Aku tengok ramai yang tak suka kebanyakan new group. Kenapa? Biarlah diorang nak cari rezeki sendiri.

Sorry kalau ada yang terasa.. 

BAHAGIA ITU SEDERHANA

Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa perasaan tak suka menyebabkan korang merungut..

“Asyik2 aku yang kena marah. Ish”
“Arghh, Lagi2 yang basuh pinggan aku”
“Diorang yang sepah kan, aku pulak yang kena kemas!!”
Pernah tak? Pernah tak? Pernah tak? Mesti pernah kan. Lagi2 yang anak sulung macam aku. I feel you..

Tadi kawan aku ada share satu article ni yang membuat kan aku cuba untuk bersyukur bila menghadapi situasi macam ni.


  • Mendengar isteri membebel dirumah bererti aku masih mempunyai keluarga


  • Mendengar suami masih berdengkur disebelahku bererti aku masih ada suami


  • Mendengar ayah dan mak menegurku dengnan tegas bererti aku masih punya mak dan ayah


  • Merasa letih setiap petang bekerja , itu bererti aku mampu bekerja keras


  • Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tetamu di rumah, itu bererti aku punya teman dan rakan


  • Pakaian ku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.. terlebih kadang2


  • Mencuci dan menyeterika kain baju, itu bererti aku memiliki pakaianMendapat banyak tugasan itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya


  • Mendapat banyak complain dari customer bererti  customer kita masih ada, setia dan menginginkan kita menuju perubahan kearah yang lebih baik.


  • Mendengar nyanyian suara yang merdu itu bererti aku masih dapat mendengar


  • Mendengar bunyi alarm setiap pagi itu bererti aku masih hidup…
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tiada alas an untuk bersyukur sekali pun.

Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.. amiinnn..




Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Assalamualaikum


Mungkin dah ramai tahu pasal dia mungkin tidak. Aku pun malu nak cerita pasal dia kat blog ni sebab blog ni dah lah tak Islamiyah lagikan pula Ilmiah. Tapi aku kagum dengan dia yang suka tolong orang, jadi sukarelawan, dermawan. Sampaikan dihormati oleh orang Turki sendiri dan dikebumikan bersebelahan makam sahabat Nabi Muhammad SAW. Allahu.. Betapa mulianya dia.

Kalau tak jadi macam dia pun, aku nak suami macam dia. Insya-Allah. Aku ni walaupun minit kpop, tapi aku tak suka lelaki yang suka kpop juga. Kalau dah dua2 suka kpop, siapa yang nak bimbing aku dan akan datang anak2.



Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

 
 Perbualan Terakhir Allahyarham Ahmad Ammar Dengan Kakaknya .


Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-3

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2  Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-6

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7
Al-fatihah untuk beliau. Moga ada lagi remaja sehebat dia..
Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com