Assalamualaikum! ^_^v
Sejak membuat blog ini pada tahun 2011, saya agak aktif. Yelah, blog baru. Macam - macam nak update. Tak gitu? Tapi sejak masuk tingkatan 5, saya jarang mengupdate sebab saya dah start masuk asrama. Lagipun sibuk dengan belajar *sebenarnya balik rumah membuta*. So, saya dah jarang mengupdate. Kalau update pon pasal K-pop aje. Tak ada apa yang menarik.psst saya kpoppers
Sekarang dah habis sekolah, dah tak ada alasan lah nak belajar tu. So, saya teringin nak buat mini giveaway memandangkan ini kali pertama saya menganjurkannya. Sebenarnya nak update bila hadiah2 dah siap. Tapi, kebarangkalian khamis ini saya telah masuk kerja. Takut tak ada masa.
Tujuan saya buat giveaway ialah hasrat saya yang ingin menjual craft felt yang dibuat oleh saya sendiri. Untuk permulaan saya ingin menjual satu produk sahaja. Tengok pada respon korang semua. Kalau ada rezeki, Insyallah bolehlah tambah.
Enough for those introduction, here the banner
1st time buat. Inilah jadinya. *buruk gilos* |
Syarat - syarat:
- Mestilah seorang Blogger dan duduk di semenanjung Malaysia
- Follow blog yang tak seberapa ini
- Buat satu entry yang bertajuk '1st Mini Giveaway by NAMZ'
- Letak banner di atas dan link kan teros ke entry ini
- tag seberapa ramai blogger yang korang nak (sekurangnya seorang lah kan)
- Tinggalkan link entry anda di kotak komen.
Disebabkan ini 'mini' giveaway, so hadiahnya tak banyak sangat
Smile felt keychain |
Dress Felt |
Paper Clip Felt |
Love Felt |
Ini hanyalah sebahagian. Seperti yang saya cakap sebelum ni, hadiahnya belum siap. Jumlah hadiah mengikut kerajinan saya untuk menjahitnya. :p Pemilihan pemenang saya guna random.org.
Tarikh giveaway ini berlangsung dari entry ini di post sehingga.... 26 April 2013