Money VS Experience

Assalamualaikum and Hi!

Today's post is actually something that I always thought of. Okay Actually I want to put the title 'Work vs Experience' because it makes more sense and reasonable. But I want to talk about money and Experience. Who cares if money and experience doesn't connected at all. haha

Let's me typing in Bahasa

Cuti sem selama 3 bulan ni, aku kerja kat satu kiosk ni. Aku start kerja masa awal bulan puasa. 10/6 to be exact. So dah sebulan lebih. Masa puasa actually mak aku tak nak aku kerja sebab senang bila dia balik rumah, ada orang nak tolong dia masak untuk berbuka. Aku time tu 50-50, nak kerja ke ikut cakap mak aku. And I decided to follow my mum's order. Ikut je laa. bukan susah pun duduk rumah. hahah Tapi kiosk sebelah kiosk tupperware mak aku tu perlukan staff ASAP and mak aku caddang kan aku untuk bekerja sana. Aik, kate suruh duduk rumah. Ni suruh kerja pulak. So kebetulah kawan aku ajak kerja sama tempat dengan die. tak jauh sangat pun. Mak aku kasi tapi macam nak suruh aku kerja kat kiosk. Aku berbelah bagi lagi. Nak ikut kawan ke nak ikut mak. And I choose my mum.. huhu So kat sini mindset aku adalah kerja kat kiosk tu. Oh ye kiosk tu jual tudung Owl by Nora Danish.

Masa interview semua bagai, aku diterima kerja terus. On the spot! Kol 12 datang IV, kol 1 aku dah start kerja haha sebab aku ada kelebihan bak kata bos aku sebab dia kenal mak aku. Kalau tak esok aku kerja. Okay, the point is, gaji die RM3.50 sejam. I was like, sikitnyaa. Aku tanya ayah aku, ayah aku hampir tak kasi aku kerja situ. Siap keluarkan lagi akta panduan buruh yang pekerja kena kerja 8  jam je (kerja situ 12jam) and kalau OT (lebih 8 jam), gaji kena naik and kena ad elaun eventhough 12jam tu bukan lah OT. Boss kate die tak dapat nak sangkal fakta tu. Tapi, kat angsana (JBCC jugak) tu semua orang kerja 12jam juga. And kerja kat kiosk just layan cust je. Barang sampai pun bukannya banyak. So macam worth la RM3.50. And ayah aku pun bagi lah atas alasan aku nak cari pengalaman. Iwas like, pengalaman? takk aku ada ego. Dah IV tak kan lah tak nak kerja.. Haha ceyhh tak ada lah.. It just, aku dah mind set aku akan kerja situ.

Kalau kerja sekali dengan kawan aku, sejam RM5 and kerja dalam 8 jam je. Tapi kerja 6 hari lah. Kat kiosk tu kerja bila aku diperlukan je sebab aku part time. Masa puasa 5hari kerja. La ni dah lepas raya 4 hari je.. huhu kadang 3 hari.. Aku pun okay je la. Semua bos aku suruh aku buat eventhough gaji RM3.50 sejam (still nak pertikaikan gaji), as long as it makes sense lah.
.
Okay, this thought aku dapat bila one of the staff kat jbcc berhenti kerja. So aku suruh kawan aku mintak kerja ni. Boleh kerja sekali (gittew) Bagi die RM3.50 tu sikit lah tapi die still pergi IV tu. Cuba nasib. BTW, kitorang tengah kumpul duit untuk heritage studies bulan 3@4 tahun depan. Tu yang perlukan duit. Aku pulak pergi kerja kat tempat RM3,50 sejam. 12 jam pulak tu. Dah la kadang kerja kadang tak. Berapa kerat sangat lah gaji aku dapat kan? Kawan aku kate die nak kerja FOS ke Padini ke, dapat RM5 sejam. Tapi, tu lah.. Busy lah. Kira stock. Lipat stock. Susun stock. Tu je la kerja. Then aku bagi pilihan, Nak duit ke nak busy. And die pilih busy. Die kate die nak buat kerja since kiosk tak banyak sangat orang. So goyang kaki jugak la. Okay die ada point kat situ. Tapi die sebenarnya nak duit walaupun kerja banyak.

So baru2 ni bos suruh buat online makerting dengan share post2 kat page Owl by ND tu kat 80 GROUP FB yang berbeza. 80 tau!! Dan aku iya kan aja. Tak membantah. Orang lain kena 40 je tau. Aku double tau atas sebab bill phone aku boss bayar separuh and aku siap ada wifi lagi boss letak akt kiosk. Which means aku ada data and wifi. Orang lain ada wifi je. So aku kena buat double.Aku tak membantah. Maybe sebab benda tu ada logiknya jugak.
.
And kadang2 buat aku terfikir, kenapa aku sanggup buat semua benda yang boss suruh buat tanpa membantah? Kenapa aku stick to this work? Kenapa? sedangkan peluang pekerjaan lain yang gaji lebih tinggi ada je depan mata. Kenapa aku buat kerja ni dengan gaji RM3.50? Kenapa aku sanggup ulang alik Angsana-JBCC dalam masa seminggu? Kenapa? Kenapa?
.
I keep asking myself
.
Then I realised something. Maybe aku nak belajar.
.
Walaupun gaji Rm3.50 sejam, walaupun kerja banyak, walaupun kerja 12 jam. Aku tahan je kat sini. Sebab ape? sebab aku nak belajar. Tapi kalau aku kerja FOS kan same je. Ada orang tolong ajarkan semua. Lain beb. FOS tu company besar. Kau jadi store girl je. kerja kau check barang, kemas barang, lipat barang, gantung barang, susun barang. Sale? Kau tak payah tahu, kau tak payah risau. Orang lain yang buat. Kau buat kerja kau je.
.
Kerja kat kiosk ni, dah la kecik. Baru mula pulak tu berniaga. Kau lah seller, kau lah promoter, kau lah cashier, kau lah online markerter, kau lah admin fb. haha haa okay, point aku kat sini, dari sini kau boleh belajar macam mana nak layan customer. Macam mana nak cakap dengan customer, macam mana nak pastikan stock tally dengan sale. Apa nak buat bila stock keluar masuk. Apa nak buat bila ada barang reject. Display barang macam mana yang menarik perhatian. Semua benda tu lahh.. Semua aku kena tahu. So aku tahu apa kelemahan kiosk tu. Macam mana nak naikkan semula. Kenapa boss suruh buat itu ini. Semuanya aku tahu dan belajar. Because this is entrepreneur. Aku kena tahu benda2 ni. Aku kena tahu macam mana nak handle. Apa nak buat bila sale sikit. Pendek kate aku tahu semua luar dan dalam syarikat. Maybe sebelum ni aku ada belajar semua ni masa program usahawan. But this is really life babeyh. We must feel the struggle. The pain. Masalah bos semua kita tahu. But bos lah yang kena cari jalan kan. Bila bos suruh buat ni. Kita buat. Kalau sale naik, alhamdulillah. Klau tak, guna cara lain. Benda2 ni lah yang aku akan apply kat bisnes aku nanti. Nanti semua benda aku yang kena handle. Kena fikir. Sebab ape? sebab aku tak nak kerja makan gaji. I want to be a businesswoman.
Okayyy dah luahkan semuaaanyaaaaa.. bye

DIY | Crayon Splash

Assalamualaikum and Hi all!



Yesterday I've done a DIY. Actually, this DIY I want to do it long time ago. Since I was first year student I guess. But I have lack of materials. So lets get started!

Materials:
Canvas (variety of sizes)
Bunch of crayons
Hot Glue Gun
Hair dryer



STEP 1
Choose and arrange colors that you desire.. Anything..
Rainbow

Green, Blue, Purple, Brown shade
STEP 2
Heat up your glue gun and glue the crayon onto the canvas.. You can arrange the crayon whatever you like. For me, I choose to arrange horizontally because it is my first time doing this. I afraid it will not be like I was expected haha







STEP 3
This is the last step which you will be bring out your main weapon. HAIR DRYERR!! For me, I switch on the highest heat level (level 2 je pun). Then slowly direct it to your 'art' vertically. Mine, I want it to be vertically melted. So I only direct it one direction. If you have multidirection for instance heart shape, you have to blow it in many direction. And do not hold it upright. Just let it lay down. Because we do not want the crayon melt vertically. Mine, yes, we have to hold it upright




DONT FORGET TO COVER IT WITH NEWS PAPER OR YOUR MUM'S FLOOR/TABLE WILL BE RAINBOW EITHER

JUST BLOW IT WHERENEVER YOU WANT THEM TO BE


YEYYY FINISHED!
It only takes a few minutes for the crayon to melt. Dont worry
Have a try.. Good Luckkkk!!

Perempuan dan Tudung

Assalamualaikum and Hi!


Entry kali ni bukan lah pasal 'perempuan dan tudung yang berlambak' atau 'perempuan dan tudung cantik alih2 tudung tu jugak yang dipakainya'. Aku macam tertarik nak buat entry ni sebab macam bermain kat fikiran aku. Baru2 ni aku kerja jual tudung. Kerja jual tudung yang bukan lah cikai2. Tudung itu adalah OWL by Nora Danish. Yes! Tudung milik seseorang yang dah ada nama bukan kat Malaysia je malah kat Singapura dan mungkun Brunei. Nora Danish ada keluar kan tudung and aku kerja kat kiosk di salah satu stokis dia iaitu (@owlbynd.johorbahru) Tujuan aku sebenarnya bukan lah nak promote IG boss aku tapi orang kata sambil menyelam minum air kan. 

Apa yang aku nak tulis ni adalah based on my observation and thought selama aku jadi promoter jual tudung ni. So dari situ muncullah curiosity dan persoalan. Sebab kerja ni agak memperkenal aku dengan dunia luar walaupuan tak berapa nak luar sangat sebab duduk dalam kiosk je.

Okay benda pertama aku observe adalah pembeli yang beli tudung ni bukan lah dari golongan bertudung sahaja malah yang free hair, rambut berkarat semua beli tudung ni. Dalam hati aku 'eh diorang ni ada hati jugak eh nak beli tudung' Maybe diorang beli tudung sebab nak raya, fashion and ada jenama. Aku macam tak boleh brain lah dengan pemikiran macam ni. Diorang tahu pakai tudung. Tapi at the same time, tahu tak pakai tudung tu wajib? Same goes to ND lah. Dia keluarkan tudung but dia sendiri tak pakai tudung. 

Kedua aku perati kadang2 ada lah jugak makcik2 yang beli tudung ni. Mak pakai tudung tapi anak tak pakai tudung. Kalau rambut hitam aku okay lagi. Tapi yang ni rambut kuninggg. Kalau lelaki pulak tangan kaki ada tatoo. Mak pakai tudung tau. tutup dada lagi. yang ni pun aku tak faham. Maybe lah mak dia dah nasihatkan suruh pakai tudung tapi si anak berdegil. Tapi yang tatoo tu sumpah aku tak boleh terima.

Okay yang ketiga ni lebih kurang macam yang pertama. Contoh lah ada customer ni datang nak beli tudung and dia pakai tudung time tu. bila dia nak try pakai tudung tu macam mana, dia suruh tengokkan ada lelaki tak kat belakang takut orang nampak rambut dia sebab dia nak bukak tudung. Tapi rambut warna merahh beb. Kau paham tak maksud aku? Nak jaga aurat rambut tapi rambut berwarna. 

Next aku nak cakap ni golongan minor lah. Ada aku peratikan orang ni pakai jubah. Pakai purdah. Tapi tudung tudung tu tak cukup labuh la kak. Sebab saya nampak tau bentuk dada tu walaupun akak pakai purdah sebab tudung tu macam terselak ke macam mana tah. And baju bling2 kau. Biru terang. Kain satin lagi.

Yang ni tak ad kena mengena denga tudung tapi ada kena mengena dengan aurat. First time in my life, orang solat pakai telekung je tapi bawah pakai seluar jeans skinny. Like, whattt? Okay solat pakai telekung dengan seluar is normal. Aku pun dulu kat sekolah selalu buat. But seluar tu longgar lahh.. Ni first time aku nampak orang pakai skinny jeans. 

And lagi satu aku tengok ramai lah jugak rambut berwarna tapi solat.. Yang tu aku so-so lagi. Maybe dia tak tahu or yang kat rambut tu inai (husnudzon). Tapi kalau orang tu tahu tapi buat2 tak tahu tu aku tak paham. 

Maybe its little be a culture shock bagi aku sebab kat UIA hampir 100% orang dalam tu pakai tudung. Kecuali promoter non muslim dari luar. Proper tak proper je. Bila aku cakap cina pakai tudung. mostly terkejut. Yes cina kat UIA, SEMUA pakai tudung ye. BUT they are originated from China. Not Malaysian Chinese. And they are muslims :)

Assembly of Landscape Architecture students Malaysia 7 021215-051215 PART 3

Assalamualaikum. 

Okay, hari ni aku nak sambung cerita pengalaman ALAM aku kat UCAM. Untuk part 1&2 boleh tengok kat SINI  dan SINI

Hari kedua pulak, Aktiviti hari ni adalah Pillow fight. Dengar macam senang kan? Haa kitorang pillow fight versi orang kampung. Haa macam mana tu? kena scroll bawah lagi. haha Then ada aktiviti tangkap ikan keli then kitorang kena masak tangkapan kitorang tu. Baru fresh!

Untuk pillow fight dan penangkapan ikan keli dibuat kat ladang/dusun/kolam(?) Aku tak tahu nama dia. Haha Tapi main location dia kat KOLAM

Kat sini pun diorang ternak unggas

Kat belakang tu dimana semuanya berlaku *gambar selepas kejadian*

PILLOW FIGHT

Okay firstly korang kena tahu macam mana nak main pillow fight. Okay yang tu pass semua orang dah tahu. Secondly korang kena tahu rules dia. Tak boleh pukul muka dan kaki. Kalau jatuh derita seumur hidup. Jatuh dari mana? haaa



Jatuh dari batang kelapaa.. haha gigih diorang ni buat setting ni. Kitorang kena panjat tangga and diri tengah2 lepas tu amik bantal then pukul pihak lawan. Tak semua main pun tak apa janji kena memang 5 kali. Aku memang tak reti main benda ni weyhh. First kena panjat. and kalau nervous semua benda tak jadi. Takut tak boleh seimbangkan badan and SEMUAAA orang tengah tengok kau time tu kau tahuu.

Group aku antara paling awal main. Ahli perempuan group aku macam tak berani sangat kecuali Wawa. Die paling excited. Aku bukannya tak berani tapi tak confident. haha but aku cabar diri aku untuk confident.

Bila tiba giliran group aku, ketua kampung vs ketua kampung pihak lawan dulu. But ketua kampung aku kalah haha hampeh. then Zul pergi. Die kalahkan 2 orang budak laki. so dah 1:2. then budak perempuan pulak lawan sebab pihak lawan dah kehabisan budak laki. So wawa pergi dulu. First die menang 1:3 then die kena lawan budak ni macam tough gak ah. Then die kalah lawan budak tu (2:3). Then giliran aku. Cuak gilaaa aku kena lawan budak tough tu. aku nak ketengah pun nak jatuh2 da. Nasib baik ada orang tolong pimpin ke tengah (guna kayu okay). Then masa nak bagi bantal tu, mak aiii berat weyhh.. kau bayang kan lah bantal golek tu isi kekabu then dah kena air 200%!! 

Then ajk yg dalam kolam tu bagi tips "bengkokkan kaki untuk seimbangkan badan" aku pun ikut. okay seimbang dah okay since rules tak boleh pukul kepala dan kaki, aku serang bahagian bahu die. die pukul pinggang aku. aku pukul bahu ad sebab jugak. Ada kena mengena dengan physics sikit. haha since bahu paling atas, aku assume paling tak stabil. and die serang pinggang dah tentu dekat pusat tempat seimbangkan badan. so tak bagi efek sangat. 

SUPRISINGLY AKU MENANG!! HAHAHA. Actually, aku dulu yang nak jatuh. tapi aku tahan je dari jatuh and pada  masa yang sama aku serang dia jugak and bila dia dah jatuh aku pun jatuh (2:4) Lagi satu mata je kitorang nak memang. semua ni terletak ditangan aku *cewah* Then next opponent kawan aku. dari UIA jugak hahah aku tahu die lembut sikit.Time tu aku dah confident gila akan menang. hahah berlagak gila. So aku serang die sekali dah jatuh. So kitorang menangg!!




Anisha sedang naik
Pusingan kedua pulak (menang vs menang), Yang laki aku tak ingat sangat. Tapi perempuan Iera pulak naik. Mula2 die tak nak naik sebab ape tah lupa. Masa dia naik tu, pihak lawan asyik hayun je bantal tu. Then die jatuh sendiri. Sebab die pukul angin bukan Iera haha act Iera diri je atas tu tak buat pape dah memang. Keseluruhan kirotang menang no 1!!!

TANGKAP IKAN KELI
Aktiviti ni buat kat kolam yang sama. Masa kitorang main pillow fight tu ada je sebenarnya ikan dalam kolam tu tapi tak rasa sebab ikan ada dalam lumpur. Setiap group kena tangkap 10 ekor ikan lepas dah dapat top5 je game oveer.







Okay aku mengaku time nak tangkap tu AKU GELI GILAAAA sebab dia gerak2. Banyak kali aku rasa dalam lumpur tu tapi aku tak berani nak pegang. Tapi kalau aku pegang pun belum tentu dapat sebab badan diorang licin. bukan aku je macam ni. Ramai lagi yang menjerit okay. Cuma aku menjerit dalam hari je. haha Tak bisa ke? Sebab yang ni ikan keli kan. Okay ikan keli diorang ternak ni tak bisa sangat. Sikit je. Aku kena la jugak. Rasa die macam pijar2. Tapi tangan kau tak merah2 pun.

Sempat lagi suruh orang snapkan haha

Bila dah keluar, ada benda kecik2 melekat kat baju semuaa. Dah basuh dah kering pun tak tanggal. Banyak sangat nak tanggal satu2. Act aku geli dengan benda tu sebab kecik2 dan banyak. Lepas kawan aku kate tu ulat air lagi laa aku geli. Then decide nak buang baju dengan seluar. haha ahh lantak la orang nak cakap ape. ringan sikit beg aku. Then kawan aku kate tu bukan ulat air tapi benda yang ada dalam lumpur. Ulat ke tak aku still geli. haha

MASAK MASAK

Okay, time masak2 ni 2 group gabung jadi 1. Main dish die adalah masakan orang melaka. Ape ek.. lupa *search google jap* Daging masak dedeng tak silap aku. Side dish of course lah ikan keli bakar /yums/ dan sayur masak air.. Pargh meleleh ayaq liuq. Aku tolong sikit2 je sebab ramai yang lebih pandai masak dari aku. hoho kebanyakan laki lah yang buat. Dah gabung dua group mestilah ramai tangannyakan.. huhu at the end daging yang kitorang masak tu masam. rasa macam tomyam.. haha sedap ahh. tapi bukan rasa daging masak dedeng yang sebenar

Spoil ah photobomb -_-"

petang tu kitorang kenyang alhamdulillah
Oh lupaaa malam tu ada persembahan dari setiap kampung



Birthday Giveaway by Wanaseoby.com





Today's activity.. Ada tiga hari till next exam and aku decide tak nak fikir pasal exam langsung! *adakah ini keputusan yang elok?* well semalam dengan dua hari lepas aku baru lepas exam 2 hari berturut T-T so this is my self reward kononnya.. haha 

Bukak laptop *rancang nak sambung type entry pasal ALAM . This is for the sake of my memories even aku tahu tak ramai yang minat dengan benda ni hoho*

Lepas bukak laptop, rasa nak bukak youtube dulu instead of blogger.com

Ternampak video "Top 50 kpop song May 2016" *bukak* *tengok*
Next video "Got7 Junior judging face moments" *terhibur* *tengok Jackson punya pulak*

Dan seterusnya begitu lah cara youtube buat aku melagha.. haha tapi kali ni aku tengok sampai Jackson je then bukak blogger.com *check feed dulu*

Teringat nak bukak blog wanaseoby. Blog ni selalu aku usha masa zaman2 aku addicted to editting blog. Sekarang pun addict lg tapi tak ada masaaaa. Lagi satu aku suka pasal blog die ni adalah layout blog die.. OMG semuaa layout blog dia aku suka. I wish I have that talent haha 

Ternampak Giveaway ni so teringin nak join. Dah lama tak join GA so I tag http://budaksukavanilla.blogspot.com/ and http://www.leyayeolly.com/ 

Act ni salah satu blog yg aku suka lawat. huhu

Assalamualaikum