Assembly of Landscape Architecture students Malaysia 7 021215-051215 PART 3

Assalamualaikum. 

Okay, hari ni aku nak sambung cerita pengalaman ALAM aku kat UCAM. Untuk part 1&2 boleh tengok kat SINI  dan SINI

Hari kedua pulak, Aktiviti hari ni adalah Pillow fight. Dengar macam senang kan? Haa kitorang pillow fight versi orang kampung. Haa macam mana tu? kena scroll bawah lagi. haha Then ada aktiviti tangkap ikan keli then kitorang kena masak tangkapan kitorang tu. Baru fresh!

Untuk pillow fight dan penangkapan ikan keli dibuat kat ladang/dusun/kolam(?) Aku tak tahu nama dia. Haha Tapi main location dia kat KOLAM

Kat sini pun diorang ternak unggas

Kat belakang tu dimana semuanya berlaku *gambar selepas kejadian*

PILLOW FIGHT

Okay firstly korang kena tahu macam mana nak main pillow fight. Okay yang tu pass semua orang dah tahu. Secondly korang kena tahu rules dia. Tak boleh pukul muka dan kaki. Kalau jatuh derita seumur hidup. Jatuh dari mana? haaa



Jatuh dari batang kelapaa.. haha gigih diorang ni buat setting ni. Kitorang kena panjat tangga and diri tengah2 lepas tu amik bantal then pukul pihak lawan. Tak semua main pun tak apa janji kena memang 5 kali. Aku memang tak reti main benda ni weyhh. First kena panjat. and kalau nervous semua benda tak jadi. Takut tak boleh seimbangkan badan and SEMUAAA orang tengah tengok kau time tu kau tahuu.

Group aku antara paling awal main. Ahli perempuan group aku macam tak berani sangat kecuali Wawa. Die paling excited. Aku bukannya tak berani tapi tak confident. haha but aku cabar diri aku untuk confident.

Bila tiba giliran group aku, ketua kampung vs ketua kampung pihak lawan dulu. But ketua kampung aku kalah haha hampeh. then Zul pergi. Die kalahkan 2 orang budak laki. so dah 1:2. then budak perempuan pulak lawan sebab pihak lawan dah kehabisan budak laki. So wawa pergi dulu. First die menang 1:3 then die kena lawan budak ni macam tough gak ah. Then die kalah lawan budak tu (2:3). Then giliran aku. Cuak gilaaa aku kena lawan budak tough tu. aku nak ketengah pun nak jatuh2 da. Nasib baik ada orang tolong pimpin ke tengah (guna kayu okay). Then masa nak bagi bantal tu, mak aiii berat weyhh.. kau bayang kan lah bantal golek tu isi kekabu then dah kena air 200%!! 

Then ajk yg dalam kolam tu bagi tips "bengkokkan kaki untuk seimbangkan badan" aku pun ikut. okay seimbang dah okay since rules tak boleh pukul kepala dan kaki, aku serang bahagian bahu die. die pukul pinggang aku. aku pukul bahu ad sebab jugak. Ada kena mengena dengan physics sikit. haha since bahu paling atas, aku assume paling tak stabil. and die serang pinggang dah tentu dekat pusat tempat seimbangkan badan. so tak bagi efek sangat. 

SUPRISINGLY AKU MENANG!! HAHAHA. Actually, aku dulu yang nak jatuh. tapi aku tahan je dari jatuh and pada  masa yang sama aku serang dia jugak and bila dia dah jatuh aku pun jatuh (2:4) Lagi satu mata je kitorang nak memang. semua ni terletak ditangan aku *cewah* Then next opponent kawan aku. dari UIA jugak hahah aku tahu die lembut sikit.Time tu aku dah confident gila akan menang. hahah berlagak gila. So aku serang die sekali dah jatuh. So kitorang menangg!!




Anisha sedang naik
Pusingan kedua pulak (menang vs menang), Yang laki aku tak ingat sangat. Tapi perempuan Iera pulak naik. Mula2 die tak nak naik sebab ape tah lupa. Masa dia naik tu, pihak lawan asyik hayun je bantal tu. Then die jatuh sendiri. Sebab die pukul angin bukan Iera haha act Iera diri je atas tu tak buat pape dah memang. Keseluruhan kirotang menang no 1!!!

TANGKAP IKAN KELI
Aktiviti ni buat kat kolam yang sama. Masa kitorang main pillow fight tu ada je sebenarnya ikan dalam kolam tu tapi tak rasa sebab ikan ada dalam lumpur. Setiap group kena tangkap 10 ekor ikan lepas dah dapat top5 je game oveer.







Okay aku mengaku time nak tangkap tu AKU GELI GILAAAA sebab dia gerak2. Banyak kali aku rasa dalam lumpur tu tapi aku tak berani nak pegang. Tapi kalau aku pegang pun belum tentu dapat sebab badan diorang licin. bukan aku je macam ni. Ramai lagi yang menjerit okay. Cuma aku menjerit dalam hari je. haha Tak bisa ke? Sebab yang ni ikan keli kan. Okay ikan keli diorang ternak ni tak bisa sangat. Sikit je. Aku kena la jugak. Rasa die macam pijar2. Tapi tangan kau tak merah2 pun.

Sempat lagi suruh orang snapkan haha

Bila dah keluar, ada benda kecik2 melekat kat baju semuaa. Dah basuh dah kering pun tak tanggal. Banyak sangat nak tanggal satu2. Act aku geli dengan benda tu sebab kecik2 dan banyak. Lepas kawan aku kate tu ulat air lagi laa aku geli. Then decide nak buang baju dengan seluar. haha ahh lantak la orang nak cakap ape. ringan sikit beg aku. Then kawan aku kate tu bukan ulat air tapi benda yang ada dalam lumpur. Ulat ke tak aku still geli. haha

MASAK MASAK

Okay, time masak2 ni 2 group gabung jadi 1. Main dish die adalah masakan orang melaka. Ape ek.. lupa *search google jap* Daging masak dedeng tak silap aku. Side dish of course lah ikan keli bakar /yums/ dan sayur masak air.. Pargh meleleh ayaq liuq. Aku tolong sikit2 je sebab ramai yang lebih pandai masak dari aku. hoho kebanyakan laki lah yang buat. Dah gabung dua group mestilah ramai tangannyakan.. huhu at the end daging yang kitorang masak tu masam. rasa macam tomyam.. haha sedap ahh. tapi bukan rasa daging masak dedeng yang sebenar

Spoil ah photobomb -_-"

petang tu kitorang kenyang alhamdulillah
Oh lupaaa malam tu ada persembahan dari setiap kampung



Birthday Giveaway by Wanaseoby.com





Today's activity.. Ada tiga hari till next exam and aku decide tak nak fikir pasal exam langsung! *adakah ini keputusan yang elok?* well semalam dengan dua hari lepas aku baru lepas exam 2 hari berturut T-T so this is my self reward kononnya.. haha 

Bukak laptop *rancang nak sambung type entry pasal ALAM . This is for the sake of my memories even aku tahu tak ramai yang minat dengan benda ni hoho*

Lepas bukak laptop, rasa nak bukak youtube dulu instead of blogger.com

Ternampak video "Top 50 kpop song May 2016" *bukak* *tengok*
Next video "Got7 Junior judging face moments" *terhibur* *tengok Jackson punya pulak*

Dan seterusnya begitu lah cara youtube buat aku melagha.. haha tapi kali ni aku tengok sampai Jackson je then bukak blogger.com *check feed dulu*

Teringat nak bukak blog wanaseoby. Blog ni selalu aku usha masa zaman2 aku addicted to editting blog. Sekarang pun addict lg tapi tak ada masaaaa. Lagi satu aku suka pasal blog die ni adalah layout blog die.. OMG semuaa layout blog dia aku suka. I wish I have that talent haha 

Ternampak Giveaway ni so teringin nak join. Dah lama tak join GA so I tag http://budaksukavanilla.blogspot.com/ and http://www.leyayeolly.com/ 

Act ni salah satu blog yg aku suka lawat. huhu

Assalamualaikum

|UNIVERTISY LIFE| FINAL EXAM 1ST YEAR 2ND SEM

Assalamualaikum!! dah lama nampaknya aku tak update blog. Last post masa awal sem hari tu and now dah nak habis sem dah. hahaha Sem ni pun banyak benda jugak benda menarik. InsyaAllah akan aku coret kan dalam blog ni. tapi kena mula dari sem lepas dulu huahuahua..
.

Okay sebenarnya aku tengah study sekarang ni. Lepas tu tibe2 pulak terdetik nak tengok blog. Jenguk2. Tengok viewer blog *ceh* Usya2 blog lain. Aku sebenarnya nak sangat update tapi asyik lupa dan tak ada masa.. haha kalau aku keluar ke ape *act aku tak kuar dari uia ni hampir 2 bulan* maksud aku awal sem dulu, kalau nak snap gambar mesti terdetik "kena tangkap ni. nak masuk dalam blog" sekali haramm sampai ke sudah tak post2. haha sembang lah kau ni atikah.
.
Aku sebenarnya tak tahu ape motif tulis entry ni.. haha act aku tengah melagha sekarang. Pray for me for my exam tomorrow.

19/5 Quran, Sunnah and Built Environment
20/5 History of Landscape Architecture
24/5 Plant Material
25/5 Islamic Urbanism

Kalau nak diikutkan, exam habis 6/6. Aku kira awal gak la habis exam. Roomate kawan aku kate budak KAED selalu habis exam awal. I was lika 'yeke?' Kalau fikir balik, maybe ye kot sebab kitorang ni terkenal dengan 'subject tak ada exam' so subject yang ada exam tu sikit lah. Tu yang kitorang habis awal tu...kot.. Macam aku sem ni aku ada amik 8 subject and aku exam 4 subject je. Bersyukur weyh. Otak aku ni dah berkarat. Dah lama nak menghafal.

'Ape ni?' IDK hahah jahat gilaa harap dapat jawab esok

*eh wifi library laju pulak