REVIEW : BEDAK TANAKA

Assalamualaikum...
Maybe ramai orang dah tahu pasa bedak tanaka ni. Tapi aku still nak post pasal benda ni. Sebelum ni, aku buat do no je bila orang heboh heboh pasal bedak ni. Lantak korng lah nak pakai apa kau muka tu. Nak muka macam Nora Danish ke apa ke. Bajet muka dah putih lah kata kan. \tampar muka/. Hari tu aku balik rumah kat JB, mak aku bagi aku bedak ni. Aku pun tak kan lah nak tolakkan. Amik je lah dan tepek kat muka. Bagi yang muka berjerawat tu kalau pakai memang lah pedih. Aku sendiri alaminya. Kalau tak tahan, basuh lah. Kalau aku, tak tahan, kjap je pakai. Macam manalah nak berkesan. Mak aku beli kat kawan dia yang baru balik dari Myanmar RM 12 jek yang besar punya. Maybe korang beli kat luar agak mahal kot. Lagi2 jenis yang di rebrand oleh Nora Danish punya.

Apa itu bedak tanaka?Bedak ni dinamakan bedak tanaka kerana diperbuat dari kayu Tanaka. Bedak ini mulai terkenal di Malaysia setelah produk ini di rebranding oleh Nora Danish. Memang ramai yang mempertikaikan perbezaan antara bedak tanaka dan bedak tate yang dijual oleh Nora Danish, jawapannya kedua produk adalah dari bahan dan ada packaging yang sama.

Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan penduduk Filipina, Bangladesh dan Thailand. Satu ketika dulu kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja di negara mereka untuk mencantikkan kulit.


 




Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu tanaka mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensitif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya. Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.
Kayu Tanaka diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan. Sebab itu nampak seperti kita memakai bedak sejuk.



Kebaikan bedak tanaka
1) Melembut, melicinkan dan mencerahkan kulit muka. .2) Melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik.3) Menyejukkan kulit4) Menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.5) Merawat Jerawat6) Menghaluskan kulit7) Mencerahkan kulit8) Memudarkan parut jerawat9) Sesuai untuk kulit sensitif, normal, kombinasi10) Menghilangkan gatal-gatal badan
Cara menggunakan bedak Tanaka
Cara 1:1) Basahkan muka seperi mengambil wudhuk2) Sapu bedak Tanaka, terpulang nak tebal mana3) Biarkan sehingga kering4) Basuh muka sehingga bersih
Cara 2:1) Basahkan muka seperti mengambil wudhuk2) Sapu bedak Tanaka, terpulang nak tebal mana3) Gosok perlahan-lahan dalam turutan membulat untuk membuang sel kulit mati4) Basuh muka sehingga bersih




Bedak Tanaka ni ada 4 jenis haruman:
1) Bekas hijau (bau lemon)2) Bekas pink (bau rose)3) Bekas putih (bau original kayu tanaka)4) Bekas krim (bau jasmin)

BUT!

BEDAK TANAKA TIADA KELULUSAN KKM??


 Beliau merupakan staff KKM.
Bagi aku, yang aku guna sekarang originally from myanmar. Memanglah produk dari luar tak de kelulusan KKM kan? Kalau ada pun kelulukan negara tu lah.. Tapi bagi korang yang curiga ke ape, tak payah laa kot cuba.

0 person read and comment: