AKTIVITI 1 :NAVIGASI

Assalamualaikum!
Sebelum ini, saya ada cakap nak post pasal aktiviti fizikal di PLKN right? Okay, Navigasi bukanlah aktiviti pertama. aktiviti pertama tak silap saya kembara halangan. But, I don't have any picture of that activity

Sebelum aktiviti Navigasi bermula. Kami diajar cara menggunakan peta dan kompas. Rasanya hampir semua kot yang tak suka masuk kelas nih. But, I love it. Tak tahu lah kenapa. Maybe sebab saya faham kot apa yang perlu dibuat, next and so on. Kelas ni bukan sekali dua aje, banyak jugalah. Saya terlepas kelas pertama masa saya MC demam denggi tapi alhamdulillah saya dapat kejar. Setiap kompeni dibahagikan kepada lapan group. Empat wira dan empat wirawati. Saya yang tak ada group pada asalnya main masuk je lah mana-mana group. huhu

Dalam group saya tu rasanya saya yang paling beria (bersama penghuluwati), kitaorang aje yang conquer peta tu. Padahal ketuanya orang lain =_=''. Tapi serius best. Nak cari bearing pun bukanlah susah tapi cuma pening. Cara-cara untuk mencari bearing:

  1. Cari Utara anda menggunakan kompas
  2. Pusingkan peta sambil meletakkan kompas diatas peta hingga jarum arah menunjukkan ke arah peta
  3. Tentukan point pertama
  4. Tentukan point kedua
  5. Letakkan kompas dari point pertama ke point kedua
  6. Pusingkan bearing sampai jarum arah masuk ke dalam perumah warna merah.
Saya tahu korang tak faham. Tapi ini hanya untuk peringatan saya.
Source: http://luvjia.blogspot.com/
rupa kompas tu lebih kurang macam ni lah
So, dipendekkan cerita masa hampir suntuk untuk aktiviti navigasi. Cikgu suruh lantik ketua setiap group. Saya dilantik untuk jadi ketua. Sebenarnya dalam group saya tu saya dengan penghuluwati je yang beria. Berilah saya chance untuk jadi ketua *cett* 

Tibalah hari navigasi tu. Cikgu bagi GR dan tentukan bearing sendiri. Dah dapat jawapan, bisik kat cikgu. Wirawati Delta group yang first dapat bearing dan betul. huhu G Double O D J O B Good Job!

Wirawati Delta. Tak tahu kenapa saya tak ada dalam gambar ni. T^T

Cari Bearing

Belakang tu mcm bodyguard lah. tu yang pegang kayu

Wirawati Alpha


Dalam gambar ni pun tak ada saya ~.~
Anyway, akibat ada 5orang ketua dalam satu kompeni, sesaklah kan kalau semua nak kat depan. So, bahagikan 3 depan 2 belakang. Sayalah yang duduk belakang. Bersama Angela. Dia pun ketua. Tak dapat lah merasa pegang kompas sambil cari arah. Kami kat belakang just ulang balik arahan cikgu pengiring. "kanan sikit!" "kiri sikit!" "cepat sikit!". Orang kat depan dah menyirap je kitaorang suruh cepat sikit. Nak buat macam mana. Dah arahan cikgu. :/ 

Wira Delta. Kitaorang selalu sampai sama-sama kat check point

Dah sampai di last check point!
Keputusan terakhir, wirawati Delta dapat tempat pertama. yeey! tapi wira Delta dapat tempat last. Boo! Sesat punya pasal. Dengar cerita diaorang tersasar sampai Yong Peng. Tak mustahil kot.

Outing with half of Family

Assalamualaikum! ^_^v

You know what, hari ini saya keluar dari rumah! Saya tahu itu jakun. Sejak result keluar hari tu, saya hanya 'berkurung' je kat rumah. Budak baik lah katakan. *cehh* Lagipun hari ini hampir satu Uda ini tak ada air. *macam tak ada kena mengena*

Sebenarnya mak ajak pergi usha-usha Jakel je . Eh! eh! *sambil buat muka teruja* Tahu tak! Ada satu gedung Jakel baru buka dekat dengan rumah saya.Ala Jakel syurga tekstil tu. Besar Punya! Nak bagi alamat tak tahu pula. Senang cerita dia dekat dengan Angsana. Merupakan bangunan berwarna kuning diraja tepi jalan. 



Walaupun dah buka, tapi ia still under construction. Masuk-masuk je dah bau kedai. Bahagian bawah sekali biasa-biasa je. Ada banyak gulungan kain pelbagai jenis, pelbagai tekstur, pelbagai corak dan juga pelbagai harga. Kalau bab harga tu memang mak tak pandanglahkan. Harga dia, mak ai saya rasa mak datin je boleh borong. Pergi tingkat dua, dia sediakan kain-kain untuk pengantin. Kami tak singgah lama sangat sebab tak ada orang yang nak kahwin pun. Tingkat terakhir pula menempatkan tekstil langsir. Kat sini saya sangat teruja sebab terlalu banyak kain untuk dipilih! saya pun rambang mata sebab cantik belaka. 

Pilih punya pilih, mak saya beli kain langsir yang RM10 semeter. Murahkan? Kata tengah sale. Mak saya beli 11meter. So, RM110. Err, mahal la pulak. tak apa lah, untuk cantikkan rumah juga.



Alang-alang dekat dengan rumah, nak lah mintak kerja. Kebetulan diaorang amat memerlukan pekerja sebab tengah sale dan gedung tu pun baru je buka. Mak saya tanya promoter yang asyik ke hulu ke hilir ikut kami pasal jawatan kosong. Dia tanya umur berapa. 18 lepas SPM. Lambat sebab pergi PLKN hari tu. Saya just senyumlah. 

Masa mak tengah survey kain, saya tanya promoter tu

Saya: Akak, kerja kat sini buat apa je ah?
PR: Macam yg aawak tengoklah
Saya: Diajarkan?
PR: Ha'ah. Emm, kita sebenarnya sebaya
Saya: HAH?!

Okay, masa tu saya amatlah terkejut beruk. Rasanya beruk pun tak terkejut macam saya. Muka dia matured sangat. Then, berbual dengan dia. Dia sekolah Taman Daya 1. Cakap pasal result, macam2 lah. Sampai mak saya join kitaorang balik.

Nak mohon kerja, pergi jumpa bos Jakel tu. Inteview punya interview sekali dapat. Yeah! gembira rasanya. tak lah tanam anggur belakang rumah lagi yang tak pernah nak berbuah tu. Start 4April. OK set. cakap dengan ayah. Ayah bantah. Ala~~~~ kenapa????!

Lepas pergi Jakel, pergi @Mart. Saya tercari-cari kedai beg yang Fana cakap tu. Tapi sebelum tu, kita isi perut dulu!

Ooishi, Wantan Soup
Lepas tu, pergi keluarkan keluarkan duit dekat pak chik bank. Keluarkan RM50. Nak save sebab nak beli bag je. *cadangnya* Pilih punya pilih, alamak! cantiklah semuanya. Rambang mata mak tengok. Last2 warna purple juga menjadi idaman kalbu. hihi

Ok tak? Ok tak?
Hah! Cuba teka harganya. RM60? RM70? Nope. Just RM30. hehe Saya hanyalah warganegara yang berstatus sederhana. Guna pun duit elaun PKLN. haha *ish*

Di pendekkan cerita, masa makan ternampak kedai CD. Nak beli drama Korea. Dah lama tak tengok. So, pergilah singgah. Kat sana pun rambang mata nak pilih drama apa. pilih punya pilih, ada dua drama yang tak dapat di decide kan. Harga sekeping CD RM4. Ok lah tuh dari kat Angsana RM5. Dalam satu drama ada 3 CD. So, RM12. 

Saya tanya adik, yang ni ke yang ni? dengan kuatnya supaya bos kat disitu dengar dan bagi cadangan nak pilih mana satu. Tapi malangya dia buat dono je. haih -_-''
Bila dah habis pilih, saya hulurkan RM20, untuk CD harga RM12. Nak beli 2 drama RM24. Tak cukup duit dong! Lepas dah bungkus, tauke tu amik CD yang saya tak jadi nak pilih tu. Dia kata kira 1 drama RM10. haha Gumbira betol saya!! :D

Mesti dah pernah tengokkan?
Nilah CD nya. kalau kat Angsana ni dapat RM30. Sini RM20. Thanks Boss! Kalau tak tahu ni cerita apa, ni cerita BIG dan FULL HOUSE2.

Mini Giveaway Aisyah Humaira

Assalamualaikum!

Dah lama sangat saya tak masuk apa-apa contest or giveaway. Yelah sibuk dengan PLKN dia. Tapi saya tak salahkan PLKN cos PLKN is awsome. Certain orang kata banyak kawadlah, hitamlah and YES! There's kawad and you'll become darker. Tapi kawad kaki tu bukannya selalu. Cuma seminggu terakhir tu je yang setiap hari kawad sebab pertandingan dah nak dekat. Gelap tu sekajap je. Kalau tak terdedah sangat dengan matahari Inyallah boleh kembali ke kulit asal. Okay! Enough about PLKN. Teremosi sekejap.

Penganjur giveaway ini ialah Kak Aisyah Humaira (comel header dia dengan hubby dia) *blink blink*. 

Giveaway berlangsung 23/3/13 sehingga 31/3/13

Klik banner untuk ke blog beliau
Syarat :(saya hanya copy & paste)
  • Blogger Malaysia
  • Follow blog Aisyah Humaira dan para sponsor
  • Like fanpage Aisyah Humaira dan sponsor [bagi yang ada facebook]
  • Buat Entry bertajuk " Mini Giveaway Aisyah Humaira' " dan linkkan ke entry ini
  • Tinggalkan link entry anda di kotak komen.

Musim Bunga *Sakura Mari*

Assalamualaikum. Sekarang saya masih mengganggur dan tak tahu lah bila abah nak tanya kawan dia tu tentang jawatan kerani. I need money for my study. tak nak lah bebankan ibu sangat. belanja masuk Universiti atau Matrikulasi.

Sekarang dah nak masuk bulan 4. Negara yang mempunyai 4musim sudah tentu sedang masuk musim bunga. Jepun juga tidak terkecuali. Ahh!!~ bila lah dapat jejak sana. impian saya nak sambung belajar dalam bidang Architecture dekat Jepun. Lukisan memang A+ tapi bahasa inggeris B la pula.

So, kat Jepun sekarang bunga Sakura sedang berbunga dan ia sangat cantik!

SUGOI!~
Serius cantik
Macam dalam Drama Korea. Romantiknya ^_^
Cantiknya!
Hontou desu ka? Very Pretty one -_-

Muka sangat teruja pabila tengok gambar-gambar ini. cantik kan. bila lah saya boleh jejak sana dan ambil sendiri gambar bunga sakura.

source: JAPANTWO

21/3 ♥

Tarikh ni bukanlah tarikh hari ini. tarikh ini adalah tarikh yang bersejarah bagi rakan - rakan saya yang line 95. keputusan SPM yang kitaorang duduki tahun lepas telah keluar. saya mestilah target 10A kan? kalau nak sedap, 7A lah. sebab UPSR 5A, PMR 6A,so SPM 7A lah. kan cantik tu. hehe ^_^

Tapi nasib tak menyebelahi saya. Walaupun tak sama macam yang saya target, tapi saya bersyukur dengan result saya. :)


Ni lah resultnya. 6A4B. kecewa lah sebab B banyak. kalau dispesifikkan lagi, 3A+ 3A- 4B+. cantik~
Semalam usha-usha web MARA. kononnya nak mohon tajaan MARA. tapi bila tengok kelayakan jumlah A, telan air liur ajelah den. Minimum pun 7A. tapi tak apa. saya just nak cuba nasib. MANALAH tahu bertuah kan. So, I apply it.

Jumpa member lama. Fana, Tika,Zafirah, Bell, Opie, Micha, Dayah, Hani, Baby, Kyra, Farid E, Shahlin, Ainun, Qusyai, Is, Mira. Ramai lagilah.
Sempat jumpa cikgu Phy, Chem dan Math Mode aje. Nak sangat jumpa cikgu Irma (cikgu Add Math). Cikgu!!! Add Math saya A+!!! Nak cakap macam tu dekat cikgu. tak sangka langsung Add Math yang susah tu dapat A+. kalau LK dgn Math Mode dah boleh agak dapat A+. *ceh berlagak -_-''*






Lepas ambil result tu cadang nak pergi Jusco Bukit Indah. Tapi disebabkan ada sedikit masalah, kitaorang pergi City Square je. Lepas solat pergi tengok wayang. cerita The Croods dah tengok?

keluar wayang ternampak pameran lomo -lomo kat satu kedai ni. serius cantik!. tapi harga mesti mahal.



Ada design Rilakkuma pulak tuh!
Then, pergi MPH. kat situ lah sorang-sorang balik. oh ya lupa nak cakap. saya pergi dengan Fana, Micha, Zafirah dan Baby. Lepas tu masa kat surau terserempak dengan Afi dan Iffah. Fana suggestkan novel cinta kau dan aku. yeah, I know that novel is not new. Tapi saya belum pernah baca. sambil tu belek-belek buku nota. macam - macam design. ada satu buku ni kulit tebal. mcam buku Nana. harga dia mak ai RM15. padahal saiz mcam buku tiga lima. so, tak jadi beli.

Balik rumah, tercetus satu idea nak buat buku nota berkulit tebal sendiri. buku nota yang dulunya berkulit nipis, saya tampal guna kotak. then balut guna kain felt.

Imej sebelum. Sorry IKIM.. T_T


Front View


Back View

I think it's kinda pretty. :) And I love my work. Dalam ni saya tulis apa-apa untuk peringatan sendiri. yelah, saya ni banyak kelemahan diri.

Kenangan di Kem Sembrong





Assalamualaikum. Salam satu malaysia! l'm back with the new me setelah 3bulan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara. Sepatutnya tamat latihan 16 Mac tapi disebabkan tak cukup bas agaknya tu yang pelatih JB dan Melaka balik 17 Mac. Sedih tau. hmm

Okay l want to talk about this kem. Kalau tak ada orang baca pun untuk tatapan sendiri pun jadilah. Nak mula dari mana ya? kita mula dari depanlah


Ini lah kawasan depan kem ni. tersergam di atas bukit.

Satu kem ni dibahagikan kepada empat kompeni. Alpha (merah), Bravo(biru), Charlie(kuning), dan Delta(hijau). Kalau kat sekolah saya delta warna kuning. Apalah nasib dpt delta jugak kat plkn ni. Huhu
delta! aum! 2X
delta delta delta! aum aum aum!
Kitaorang selalu buat sorakan ni. Dan selalu juga lah kne nganjing dengan kompeni lain. terutama bravo.
Sepanjang kat sini, biasanya kompeni alpha yang merit paling banyak. Yalah, alpha ada imam1, imam2, bilal, sebelah surau lg you! mestilah merit banyak. lagi2 dapat cikgu Elias. hihi
Kompeni yang selalu dapat no2 pula bravo. Ada 2 imam juga. Bilal tak tahu la. Ahlinya terjal gak. Tapi jarang kantoi dengan cikgu. Delta selalu dapat ranking ke3. Delta ni biasa2 je. Tak baik sangat tak jahat sangat. Penghuluwati kompeni ni dan juga merupakan rakanku. Hehe dan akhir sekali kompeni charlie. Sama macam delta. Tengah2 je. Tapi tak tahu lah macam mana boleh sampai dapat ranking last. Penghulu kompeni ni.




Ni jadual permakahan kat sudut bacaan wira. Tapi ni bukan markah semasa. Pada awalnya semua kompeni ada 100 000 merit. Delta kena demerit sampai 30 700 ni sebab budak yang kena denda pakai loreng lah. Denda sebab sembunyikan barang terlarang, berjudi, merokok dan akhir2 nak balik ni denda sebab berenang dalam kolah. Diulangi KOLAH bukan KOLAM. Kolah tu dah lah dalam tandas. Kecil pula tu. Final result bravo berjaya kalahkan alpha walaupun diaorang dah kena banyak demerit sebab bendera kena rampas dan seluruh wirawati diaorang pernah kena pakai loreng. Tapi diaorang tetap boleh dapat pertama akhirnya. tahniah! (tepuk2 bisa bravo) *terbako budak alpha ;)*


Ni cikgu John. Cikgu ni kelakar dan sempoi. Suka buat muka yek yek. Tapi sebenarnya dia agak hensem la. Tapi bila dia dah tukar chanel jangan harap terlepas. dia paling pantang kalau orang tipu dia. Isteri dia pun jurulatih kat sini. cikgu jaja. diaorang ada anak kembar sepasang. sumpah comel gila.

Banyak gila baju yg dapat time first day kt sini. Dah la first day kt sini sy demam. Nak pengsan rasanya angkat semua baju ni. Setiap org dpt 2 helai baju sukan, seluar sukan, baju kelas, seluar kelas, tuala, baju loreng, seluar loreng n tudung utk wirawati muslim. Lagi dia bagi kasut sukan, kasut kelas, spike boot, kiwi n berus, beret, tali pinggang biasa n tali pinggang loreng



Ni full loreng tanpa beret. (Salah pose la pula. Patutnya kaki tu kena buka. Mcm apa dah aku tgk).Time ni tak suka pakai beret lg. Lagi masa ni kena bertugas pakai full loreng. Kompeni sebelum ni just pakai half loreng. Tengok belakang tu kekuatan penuh 445 orang yop! Wira 264 dan wirawati 181.

Ni baju kelas. Kalau tak pakai name tag kat leher, serius mcm pekerja kilang. Tak pn cleaner. Masa ni muka belum belang lg. (i miss my old skin :'() sy tahu akan kembali kpd asal juga tetapi mengmbil masa

Ni pula half loreng. Time ni baru lepas belaja navigasi tak silap. Atas bju sukan, bawah seluar loreng
Ni boot yg pakai dgn celoreng. First time pakai susah gle. Dgn nk pakai getah nye lagi. Lama2 cincai boncai aje lah pakainya. Lepas guna boot ni kenalah kiwi..
Ni dia kiwi yang kerajaan sediakan. Bapak banyak. Rasanya boleh kira dengan jari tangan dan jari kaki berapa kali je saya pernah kiwi boot ni. Kurang dari 20 kali rasanya.
Ni permandangan dari dorm P8. Lagi cantik bila time maghrib. Time matahari terbenam. Dan baru2 ni saya baru tahu yang dari tempat kitaorang ni boleh nampak wira Alpha. Haha tak tahu lah diaorang Nampak kitaorang ke tak. Saya perasan bila diaorang ramai main pukul2 baldi buat kompang sambil nyanyi lagu kahwin. -_-“. Dan lebih membuktikan lagi yang diaorang main pukul baldi bila persembahan malam kompeni diaorang ada bawa baldi sekali atas pentas. Saya cakap ni bukan sebb kelakar tau tapi saya rasa ianya kreatif. J
My bed. Kalau nilai time pertandingan dorm terbersih kalah ni sebab katil n selimut tak tegangkan. Ada dorm warna selimut lain2. Ada warna biru, ada purple.


Gambar tak letak sebab tak ada. :’( atas tu saya panggil beg loreng. First time dapat beg tu semua orang tak suka. Bila pakai rasa macam beg budak tadika sebb bentuk petak. Tapi nak buat macam mana. Terpaksalah.


Ni shout corner yang kitaorang buat sendiri. Saya punya yang teddy bear yg ada reben tu. Kalau perhatikan hampir semua orang tampai sticker Rilakkuma yang warna coklat tu. Saya punya lah tu. Sebenarnya ada banyak lagi. Ni sebahagian je. Benda yang jadi kenangan ni lah yang diaorang lupa nak bawak balik. Sekarang benda ni still tertampal kat belakang dorm. Sampai kump2 masuk diaorang mesti buang.

Masa ni imam 1 tengah bercakap antara maghrib dan isyak. Saya suka imam satu bercakap. Dia cakap just straight to the point. Kadang – kadang ada sindir2. Tapi tak kena batang hidung sendirilah. Tak terasa pun. Kalau tengok dari belakang yang pakai baju mcam YB tu Sidiq rasanya. Haha yang kopiah hijau tu Syuk Bravo lah sapa lagi.

Permandangan dari surau. Ni padang kawad. Tempat kitaorang berbaris setiap hari, tempat kitaorang PT Pagi bersama cikgu Azlan dan cikgu Mahathir.

Origami yang sempat saya belajar selain Tsuru (burung). Origami ni Cho(tak tahu eja) aka Ain yang ajar. Saya rasa origami ni unik, susah dan leceh nak buat. Ni saya buat sendiri tau. Jangan main2. ^_^


Jadual mingguan. Dah mcam apa dah. Budak2 ni lah yang conteng. Mentang2lah masa ni dah nak balik. Satu sampai 10 tu aktiviti berserta pakaian yang kena pakai. Bawah dia modul yang ada sepanjang PLKN ni. Modul PK saya sempat masuk sehari je sebab cuti MC. Balik rumah demam denggi. Baru lapor tiga hari dah kena masuk air, masuk wad dan kena cuti selama seminggu. Dugaan. Antara keempat2 modul ni dah tentu2 lah modul fizikal yang paling best kan.



Ni lirik para – para kem sembrong. Tak tahu macam mana nak jelas kan para2 ni macam mana. Dia macam satu pergerakan yang lebih kurang mcam persembahan askar. Entah lah. Sekejap je buat para2 ni. Tapi nak berlatih kasi satu kem serentak memang lama. Angkat kaki kena 90 darjah. Dah tu kitaorang buat persembahan ni masa Khidmat Komuniti di SK Seri Ladang. Bas saya buat khidmat komuniti di surau kampung parit perpat darat kawasan Rengit tak silap.





Gambar ni saya dah pernah post sebelum ni. Gambar bersama penghuluwati. Dia antara yang saya rapat. Dia manis bila tersenyum lebar. Serius. Dia pun kidal just like me. Semua orang kenal dia sebagai penghuluwati je tapi tak tahu name. haha sebelum jadai penghuluwati dia dah jadai pen ketua kompeni. Dia kata sebenarnya cikgu pilih dia random je.




Dila & me. Cantik je nombor ID dia P8K8. Dia antara orang yg terawal tegur saya masa first datang sini. Murah dengan senyuman. Banyak rahsia dia yang dia kongsikan dengan saya. Antaranya ……….. mana boleh bagi tahukan rahsia orang. Dia kalau buat muka, memang kelakar tak kira lah spontan ke tak. Hihi


Ni Vivian. Antara Chinese girl yang paling kecoh. Dia yang gantikan penghuluwati jadai pen ketua kompeni. Seorang gimrama. Suka tidur.  Hampir kesemua cikgu kenal dia. Semua orang dia boleh masuk. Indian, malay, wira, wirawati, cikgu dan staff.




Zati ni pun lebih kurang macam Vivian juga. Happy go lucky. Tengok gambar pun dah tahu kan? ID pun bersebelahan dengan Vivian P8K5. Dia ni comel je. Dia suka ketawa. Benda kecil pun boleh buat dia ketawa besar. Tak faham saya. haha Best kawan dengan dia.


Ni si comel Mir. Jarang kan org yang nama Amirah letak nama panggilan dia Mir.  Kitaorang ni selalu bersama. Dia merupakan pen ketua dorm. Budak dorm panggil dia Ratu mandi sebab kat dorm dia yang paling awal mandi dan paling lambat siap. Haha

Rasanya kalau korang budak teknik JB kenal kot. Ni Aida. Kalau kat sekolah orang panggil Aida Karim sebab ramai Aida kat sekolah kitaorang. Ops! Lpa nak cakap. Dia ni dulu satu sekolah dengan saya (peace). Merangkap ketua dorm. Dia ni boleh tahan gak lawaknya. Sekarang kaki dia tengah tak betul sangat sebab terjatuh masa latihan kembara halangan.


Nanananana wow fantastic baby! Haha yang si manis ni nama dia Nana. Dengan semua orang dia peramah. Dia sopan dan lembut sampaikan cikgu jaja panggil dia sopan santun.hihi tapi bila dia dah masuk mood gila2 dia, kelakar gila. Kalau korang sekolah Intej, maybe pernah nampak dia kat sekolah.

Ni lagi sorang si comel Jiha. Budak dorm panggil dia Baby. Sebab apa2 yang dia buat semua comel terutama masa dia lari sambil pakai full loreng. Haha dia ni suka kerut dahi. Rahsia awet muda kot.haha dia ni hot gak. Tak boleh kira dengan jari tangan kaki lah secret adamire dia. Haha (ok tu over)

Ni Najwa @ Wawa. Suka tegur orang dan suka senyum. Dia suka bercerita gak.


Ni Ejad. Ni lagi sorang. Jarang org yg nama Izati letak nama panggilan Ejada. First time panggil rasa janggal sebab nama laki. Huhu masa ni dia tengah sakit sebab tu lah muka pucat semacam aje. Ramai suka kawan dengan dia. Dia pendengar setia. Antara yg selalu bercerita dekat dia ialah Dila, Nana dan saya. Kalau ada nasihat, dia bagi. Bagi saya dia ada sifat keibuan. Untung siapa jadi anak dia. Hoho


Ni sebahagian daripada P7. Sebenarnya saya nak tangkap gambar dengan Diba je. Lepas tu yang lain join sekaki. Dari kiri : Fatin, Lina, Diba, saya, ‘Qila dan yg tudung biru tu Imah. Siapa yang sekolah SAMURA, kenallah si Fatin ni. Dia satu sekolah dengan kawan baik saya Wiyyah.


Ni Bihah. Dia P7 sebenarnya. Dekat P7, dia antara orang yang saya paling rapat. Dia kalau bercakap serius je. Nasib baik bila senyum manis J


Ni Cho aka Ain. Budak Alpha. Dialah yang ajarkan buat origami bintang tu. Dia ni jenis yang layan je org. (ps: abaikan muka dia sbb masa ni masing2 tengah ngantk -_-)


Nama dia Usha. Dia tinggi. Kalau ke kanan lurus sebelah dia, siku dia elok je atas bahu saya. Haha

Chinese girl ni nama dia Angela. Budak P7. First time kenal dia masa dalam kelas PK4. Ingatkan dia ni jenis yang jaga rupa je. Rupanya tough juga dia ni. Tak sangka. Kalau sekilas pandang, mata dia nampak macam pakai contact lens. Tapi sebenarnya mata dia memang semula jadai cantik. Dia antara P7 Chinese girl yg saya rapat juga. Dia suka buat suara comel bila panggil Nana. J


Ni kawan baik Angela. Selalu bersama Angela. Nama dia Ling. Dia ni comel je rendah. Kenal dia pun secara tak sengaja sebab dia selalu dengan Angela. Hah, masa ni dia tengah pakai contact lens. Hehe


Ni kak Shin. Panggil dia akak sebab dia lebih tua. Dia selalu kacau orang. Dia antara Chinese girl yang paling cantik dalam Delta.


Ni kak Jie Ru. Dia pun sama macam kak shin. Suka kacau orang. Diaorang ni penangguhan sebab tu lah masuk lambat. Kak Jie Ru pun cantik mcm kak Shin.


Ni Eshin. Dia gila kpop macam saya gak. Banyak tarian yang dia tahu. Mata dia besar walaupun Chinese. Kacukan? I’m not sure.


Ni Kah. Nama penuh Kah Zhen Zhen. Budak sebelah katil saya. Suka tengok muka dia sebab tak ada rupa Chinese sangat. Yang membuatkan dia nampak lagi manis dengan adanya lesung pipit kt pipi tu. Kalau dengar dia cakap bahasa melayu, tak macam budak cina yg lain. Mcm org melayu gayanya. Tapi adalah sikit2 slang Chinese dia. Sebab dia dah terbiasa kawan dengan budak melayu.


Okay saya tahu saya sangat selekeh time ni. Ingatkan lepas subuh nak terus naik dorm. Alih2 stay kat dewan makan sampai budak2 yang sepatutnya balik tu balik. Lagipun benda tak dirancang. Dengan battery phone low. Dah la baru lepas nangis time ni. Nasib hingus tak meleleh. Hihi orang yang tolong tangkapkan gambr ni pun tak sempat lagi nak kesat air mata (zati).huhu



Siapa si kacak ni? Dia lah Izat. Kenal dia masa kat kelas PK4. Kebetulan sama group kecil dengan dia dan dia sebagai ketua lagilah banyak berinteraksi. Luar kelas pun dia still tegur (certain org luar kelas tak tegur dah). Tu yang buat saya tak takut nak tegur dia balik. Dia wira first yang saya berani tegur tau.


Dialah budak yang saya admire kat sini. Budak Alpha Hehe kenapa dia? Sebab dia comel ^_^ saiz dia pun ‘comel’. Dalam gambar ni dia nampak tinggi sikit sebab dia pakai topi. Kalau bukan dengan pertolongan Kah yang paksa saya pergi kat dia, tak ada lah gambar ni. Ni pun tengah malu gila. Dah la dia kemas. Wangi pula tu. Saya pula merosakkan gambar ni dengan berpakaian comot. Tp jgn salahkan saya sebab benda ni berlaku secara tiba2. Pencahayaan pun tak berapa nak baik. hihi  Ni kali pertama berhadapan dengan budak yg saya minat. Selama ni saya hanya tengok dari jauh je. Sebab ada satu ayat ni yang bagi kekuatan walaupun tak sepenuhnya. Ayat ni Fia yang cakap. Dia cakap, “kalau malu, bila lagi?” yeah! Betul cakap dia. Lepas ni masing2 dah balik ke tempat asal sendiri.

Saya juga suka personaliti mereka. Seorang berkepimpinan dan seorang lagi aktif. J



Pada 15 Mac telah berlangsung Kawad Tamat Latihan. Masing2 baling beret masing2. Setiap orang dapat sijil tamat latihan.







Rasa terharu pun ada juga bila tengok sijil ni. masa nak terima sijil, kenalah buat pergerakan hormat selak terima sijil.
Dua hormat, dua potong, dua satu dua,
Dua hulur, dua tarik, dua satu dua,
Dua hormat, dua potong,

Dua pusing, dua hentak, dua maju.

LAIN – LAIN GAMBAR

Memperkenalkan kembar saya. Lain jantina, lain agama, lain no IC, lain bangsa tapi sama no ID. Huhu

Nak tahu mana satu Jiet? Yang belakang penghuluwati tu lah Jiet.





Plastic nak bungkus phone setiap kali pemulangan phone.


Malam Seribu Kenangan *(abaikan background tu)


MSK (Dila & Zati)


Malam terakhir di kem sembrong (16 Mac) sikit je orang sebab tinggal dak JB n Melaka


MSK (Ejad & Ira Charlie)



 Saya suka gambar ni sebab gambar ni saya nampak comel. ^_^ *(saya tahu kerongkong anda tiba2 terasa gatal kan?)*

Wawa n Ejad (lagi)



First time bertugas kat urusetia. Beria lebih ak nih. =_=”

Budak Dorm (P8)

Atas dari kiri: Ejad, Aida, Mir

Bawah dari kiri: Tihah, Jiha, Nana, Wawa, Dila





Jiha & Eshin


Mir & Devi


rakan - rakan ku

Lee & Mir (lagi)


Zati & Wawa
Vivian & Jiha

Sampai disini sahaja pengenalan saya di Kem Sembrong. Kalau ada masa saya buat post pasal modul fizikal kat sini seperti tali tinggi, navigasi, kawad kaki dan wirajaya.


Saya menyusun sepuluh jari kalau ada yang terasa dengan apa yang saya tulis ni. Sesiapa yang sudi baca post ni dari awal sampai ke noktah yang terakhir tolong tuliskan comment di post ini atau di CBOX. (tepuk2 terima kasih!) U_U.
*sorry of low quality picture*