2013 adalah tahun yang mencabar

Sebelum ni saya ada cakap yang saya pergi PLKN. Memang dah pergi. Dah jejak pun kaki kat kem tu.
Tapi, disebabkan 2013 adalah tahun yang mencabar bagi saya, saya di masukkan ke hoapital. Kenapa? sebab suspect denggi.

First time tahu suspect tu, sedih sangat rasanya. kena ambil darah. Pergi klinik tanpa ibu disisi. Yelah, biasanya kalau pergi klinik ada ibu yang teman kan. kali ni tak ada. hanya jurulatih PLKN yang teman kan. dalam perjalanan nak pergi klinik tu saya asyik menangis je. mengenangkan nasib. Jurulatih kat depan tak perasan saya nangis.

Firdt sekali time nak daftar PLKN, semua orang bawa surat. surat apa? saya pun tak tahu sebab saya TAK DAPAT surat tu. Kalut gila. Tapi orang yang uruskan kata no hal. okay lega..

Time nak pergi tu, tengah demam. Dalam bas okay lagi. Time dah sampai, demam datang menyerang lagi! Pergh.. semua benda buat slow. First sekali kat kaunter satu amik no ID. no ID saya P8K20. kaunter 2 lak bagi akaun BSN. saya kata tak dapat surat. so, akak tu bagi borang untuk isi. time nak bangun tu, NAME TAG PUTUS. akak tu kata nanti tukar. saya iyakan je lah.

Kaunter seterusnya, check kesihatan. akak yang jage situ ikat je name tag saya kat lubang mana2. okay, dah buruk jadinya. Time nak serahkan ubat, ramai sangat nak kena tunggu. so, disebabkan demam saya cepat letih. and sambil tunggu, saya TERTIDUR!!.. terjaga je orang kat depan dah jauh ke depan dan orang sekeliling tengok je. malu siot! macam mana lah boleh tertidur ni.

Next kaunter is penyerahan barang rampasan. barang saya yang kena rampas hanyalah highlighter and compasses. lepas tu letak barang kat dorm. time dah dirikan beg nak tarik, saya biarkan beg tu berdiri sementara nak amik baldi dan beg tu boleh pulak jatuh! orang kat depan tengok je sambil senyum. laki tau yang senyum tu. lagilah tambah malu di muka ini. saya pun senyum balik sambil blah la apa lagi..!

Time nak pergi dorm, dorm pula atas bukit. dengan beg berat tangan kiri dan baldi tangan kanan saya daki tangga seorang diri. nak pitam rasanya. semuanya saya buat tanpa rakan di sisi. orang lain kebanyakannya dengan kawan. mana kawan saya? lesap entah ke mana.

Tiga hari kemudian, masuk hospital sebab dah 5 hari demam tak baik2. saya tak tahu pun saya demam keesokan harinya. tapi kawan kata panas. :(

with my fav bear (jgn marah fana,hehe)

Esok lah Hari nya

yum yum sushi
Lepas je habis SPM, ni lah kali kedua saya online dan buka blog. Yelah kat rumah tak ada internet. sedih nye. in pun pergi cyber cafe. and I have 2 hours before the time is end and i will not open this blog until 3 month later. (disaster english). you know why? Because I will go to PLKN TOMORROW for 3 month. waaaa! Saya akan rindu keluarga saya dan blog ni.

Rindu kwan2 kat sekolah lame. Diorang cakap saya mungkin akan dapat kawan yang ramai kat sana. Tapi, masalahnya, diorang tu gila - gila macam kawan saya tak. tak pe lah belum pergi lagi dah fikir macam - macam.

Sejak kerja kat kedai runcit ni, perangai saya dah lain sikit. selalu tersenyum. peramah. haha dulu, nak senyum kat orang pun susah. Pergi PLKN nanti, saya nak jadi aktif. No more pasif and negative. Tak nak jadi pemalu. Insyallah doakan ye.

Lupa nak cakap, kem PLKN saya dekat Kem Sembrong, ayer Hitam. nasib baik dekat Johor je . Dekat dengan rumah mak cik. Boleh la dia lawat nanti.

Baru - baru ni, say ada kenal dengan satu abang ni (abang ke? 24 tahun) untung nya dia pun orang batu pahat. Dia tahu kat mana Kem PLKN tu. Tapi setakat tu je lah hubungan kitorang. Aku kenal dia pun sebab dia salah nombor. ( tk tahu la betul tak apa yang dia cakap tu.)

Saya hampir habis pack barang memandang kan barang yang nak dibawa banyak sebab 3 bulan merantau. So, bilik berselerak nak mam. tadi pun baru beli makanan such biskut dan jajan. yelah, orang dah gaji. baru gaji semalam. dapat RM 240 je sebab kerja setengah bulan. 


PLKN siri 10/2013
Hwaiting, Ganbatte, Good Luck, Selamat Berjaya Atikah!!! Haipp