Balik Kampung!

Hari ni 28 Ogos. lagi dua hari aje nak raya kan? mesti ramai yang dah balik kampung. aku balik kampung kat Pahang.. Emm jap lagi pergi dah.. actually, lepas buka.. Kedua-dua kampung aku kat pahang dan dua-dua baru je renovate.. Raya kali ni aku lain sikit. sebab, aku pakai cermin mata..haha okay lar rupanya.. tahun ni jugak, baju kurung, tudung, beg, kasut termasuklah cermin mata semuanya purple.. haha amacam? ok tak? aku suke warna purple. tengok je lah bloh aku ni.. raya kedua kot baju kat kampung mak aku.. Ish, nanti jumpe Fatin. mesti asyik nak berkepit je. dah tu, bile ber kepit, asyik cakap pasal laki. rimas aku..

SELAMAT HARI RAYA!

Drama..

Aku sekarang baru minat nak tengok drama Korea, Jepun n Taiwan ni.. Tu pun mak aku nak marah. Dia kata tak payah nak tengok cite orang sepet ni. melekakan. Buktinya, aku nangis bile tak kasi tengok.. Memanglah tak kasi, cakap la elok2 ni tak.. Aku akan bertegas untuk tengok sesuatu cerita bila aku tengok cite tu dari awal2 episod sampai sekarang dan cite tu best.. Kalau tak, nak suruh aku tutup pun aku boleh tutup sekarang jugak..

Okay lah, udah2 le tu ngumpat. Ini senarai drama yang aku dah pernah tengok, tengah tengok dan akan tengok
(hanya sebagai peringatan atau kenangan ^_^)

He's Beautiful Korea DONE

It started with a kiss Taiwan DONE

It started with a kiss 2 Taiwan IN PROGRESS

Bread love and dreams Korea IN PROGRESS

My boys Japan IN PROGRESS

Buzzer beat Japan DONE

Boys over flower Korea & Japan IN PROGRESS & DONE

Mussle girl Japan COMING
Aku rasa ada lagi satu dua tapi tak popular la cite tu.. tapi best..haha
amacam? korang mesti dah pernah tengokkah salah satu ni. aku tawu aku ketinggalan
tapi, lantaklah janji cite tu BEST!! haha 



 

Sutōrī 2#

 

Dah lama tak letak gambar Big Bang
Semalam aku tak pergi sekolah tau sebab bangun lambat. Tapi pukul 6:40 je kot. Tapi aku tak rasa nak pergi sekolah sebab dah lah tak sahur. nak bergerak laju-laju pulak tu. Lagipun mak aku tak kisah aku pergi sekolah ke tak. Bukannya aku sengaja pun.. Aku duduk rumah pun bukan goyang kaki je. Banyak kerja yang aku buat untuk meringankan kerja mak aku. Aku lipat lain la, basuh kain la, sidai kain la dan memasak. tapi masak roti telur je lah..teehee

Okay. Hari ini aku pergi sekolah walaupun aku abngun lebih lambat daripada semalam 7:00.haha Lambat gila.. Tapi aku tetap nak pergi sekolah. Tak tahu lah kenapa. Masa nak pergi sekolah, mak aku sempat lagi nak pam tayar! Aku sabar je lah disebabkan tayar kereta memang laa dah pancit. Dari bawa kereta laju-laju sambil tayar pancit, nanti kemalangan, siapa yang susah? Mak aku juga yang susah..

Then, aku sampai sekolah dalam pukul 7:40. Okay la tu kan Sempai je sekolah, semua orang dah ada kat dalam dewan. Nasib. Kalau belajar macam biasa, confirm bengang gila. Aku agak mesti jamuan untuk pengetua berpindah ni.. Jadi PPD Pasir Gudang wokk!. Bla,,Bla,,Bla,, bla dah habis doa, ucapan, dan tengok video, aku tak tengok pun salam dengan pengetua buat kali terakhir.. Tapi aku tak sempat nak salam T_T.. Lepas tu, macam biasa masuk kelas, belajar macam biasa..

Ni part yang best ni..Heee Waktu Addmath, Dayah panggil aku. Dia kata Farid nak minta pemadam.. Aku ingatkan dia tipu tau, tapi lepas aku tengok Farid, macam betul je. Aku pun bagi lah. Aku ingatkan Dayah saja je nak usik aku dengan Farid. Tapi cikgu Addmath cakap "Eh,korang ni jual apa hah? ada pen la, pensil la.." Idzham cakap "Farid lagi teruk cikgu. Kumpul pemadam..haha" Rupanya memang betul Farid yang mintak. Tapi dia bukan mintak aku punya seorang je tau.. Ramai lagi yang dia mintak.. So, aku tak lah menaruh harapan. :( Fana kata dia buat macam tu sebab nak cari Publicity betul ke ejaannya? hmm biar lah dia.

Dia pinjam tak pulang-pulang. Aku buat bodoh je lah. Sebab balik nanti boleh mintak. Lagipun aku guna pen. Kalau aku nak guna pemadam pun, aku guna Mira punya.. Lama sikit, Fana cakap yang Dayah cakap kat dia yang dia tak akan ambilkan untuk aku kalau aku suruh ambilkan.. Aku kata la tak apa. Fana tak puas hati lagi. Dia suruh aku amek sekarang pemadam tu. Dia cakap, dia nak bagi peluang kat aku untuk cakap dangan Farid.. Banyak kali dia suruh buat, banyak kali juga la aku cakap nanti kejap.. Tak lama lepas tu, Dayah mintak kertas Addmath aku. Aku pun tanpa syak wasangka bagi lah kat dia.. Sambil tu, aku tengok Mira buat kerja dia. Lepas tu, Dayah mintak pemadma Mira pulak. Mira cakaplah pinjam lah Fana punya pandai Mira.jangan bagi dia! Fana kata dia kedekut. Hah! Yalah tu.. Mira bagi je lah kat Dayah tu. Kesian dia... Lepas tu, Dayah pulang kan balik kertas aku. Dalam hati aku, mesti dia dah habis tiru ni.. Aku pun ambil kertas tu. Lepas tu, dekat kertas aku , Dayah tulis besar-besar Ieka!! Haha pada mulanya, aku tak faham muslihat Dayah dengan Fana. Aku nak padam. Tapi masalanya, pemadam Mira Dayah ambil.. Hehe baru aku tahu yang sebenarnya Dayah dah rancang ni dari aku bagi kertas lagi.. Aku je yang tak perasan. Aku nak buat latihan tak boleh sebab ada perkataan tu.. Nak padam pun tak boleh.. Aku ketawa terbahak-bahak sebab tak perasan yang kena tipu..

Nak tak nak, aku terpaksa lah mintak kat Farid. Aku panggil "Farid!" . Dia pandang aku sambil buat gaya 'nak apa?' Aigoo. comel nya muka dia masa buat macam tu.>_< Aku buat muka selamba sambil cakap, Nak pemadam. Lepas tu, dia tunjuk 'koleksi' pemadam dia tu. Aku cakap sambil tunjuk yang putih tu. Farid cakap, baling ea?.. Otak dia nak baling! Dah lah jauh. Aku geleng buat muka taknak sambil tunjuk kat Dayah.. Dayah mula-mula tak nak ambil dan buat bodoh je. Tapi Farid asyik panggil dia je. Terpaksalah..

Masa Fana nak bagi pemadam tu kat aku, dia cakap PUAS HATI AKU! haha sebab dia geram sangat. Nak ambil pemadam pun susah.. Dia tanya aku balik "Seronok dapat cakap dengan Farid?" Aku cakap biasa je.. Sebenarnya aku seronok..Weee tapi tu bukannya berbual pun..hehe

Ada jodoh kita berbual la ea.. Inyaallah..

Settle

Sebenarnye, yang dah settle tu ialah problem semalam.. aq tawu takkan ada orang yang akan tolong aku.. 
kecuali seorang ni. dia ialah Nazihah! Nazihah no arigatou!..hehe
tu je yang nak cakap setakat nie..

Boleh tolong tak? Please!!!

 
Dah lame betul aku tak update nie.. aku tak update bukannye sebab tak bukak laptop, tapi aku sibuk edit blog.. ada something wrong somewhere kat  blog nie.. cube tekan LOVELY NOTES kat bawah  entry ni. die akan keluar page untuk entry ni je kan? lepas tu, cube tekan lagi lovely note kat bawah tu.. apa yang terjadi? tak jadi apa-apa kan? tu yang buat aku susah hati nie. nanti kalau ada orang baik yang sudi comment entry aku ni nanti jenuh die tekan lovely notes tu tapi tak jadi apa-apa..

Emm, kepada sesiapa yang pandai dalam bab-bab edit blog nie, tolonglah bantu. macam- macam dah aku buat but still the same..
Oh ya.. kalau nak suggest apa-apa, tulis kat shoutmix ea. di 2nd button yang gambar star tu

Maknae BF!

Yesterday is his BIRTHDAY!! 31.7.1995
And his age same with me.. I called him maknae because he is the youngest in the group..

Walaupun Jo's twin pun lahir pada 1995, tapi birthday diorang dah lepas.. kira MINWOO paling muda laa kan? ingat tak entry lepas aku yag aku suke gile dekat young min? haha sekarang aku suka min woo pulak. tapi young min dan kwang min tetap di hati..ahaha

aku start minat die since aku tengok cite COFFEE PRINCE versi BOYFRIEND punye.. dalam video ni, min woo cute sangat lah..
Apa apa pun,
Happy Birthday!!