Ceritaku! : First day school of 2nd terms.



Taeyang.. ^_^
Ok, aku tau gambar di atas tak ada kena mengena dengan tajuk ini.. Emm aku rasa kan macam nak menulis la.. menulis apa?? cuba baca tajuk.. hah!! pasal itu lah.. tapi aku hendak menulis bukan yang biasa aku tulis tu.. aku hendak jadikannya sebuah cerita.. (untuk memantapkan Bahasa Melayu aku. tadi BM dapat 65% je T_T) aku tau penulisan aku ni tunggang terbalik. biasalah, budak sekolah kan? ok, kepada sesiapa yang baca, silalah komen ye.. hanya perlu tekan diatas yang tertulis 'kawaii japanese'
(Bayangkan)Kriiiing!!! pukul 5 pagi tadi pengera handphone aku berbunyi.. Umi suruh kejut takut lambat bangun.. Aku rase nanti la, baru pukul 5. nak pergi sekolah pukul 6.30..

*******

sampai pukul 5.30 aku baru bangun. tapi sebanarnya aku tak tidur pun. aku baring je dan tungggu jam sampai pukul 5.30 sebab otak aku cakap pukul 5.30 baru mandi. so, 5.30 la aku bangun..haha aku memang selalu macam ni. malas petul nak pergi mandi. aku ambil tuala dan cadang nak pergi bilik umi. kejut dia. tapi bila aku keluar dari bilik je, aku nampak umi dah bangun.. umi tak tidur ke?? aku macam pelik. tapi aku tak tanye umi..

lepas mandi, aku pakai krim pelindung Fair n Lovely.. sudah abes menepek dekat muka, aku mula membelek muka aku yang dah ada kesan parut akibat chickanpox yang aku dapat 3 minggu yang lepas.. sedar tak sedar, dah nak dekat 1 jam aku menilik muka ku. patutlah umi membebel cakap takut nanti tertinggal bas. tapi sekarang baru pukul 6. lepas siap2, aku turun bawah untuk tunggu bas walaupun mase tu baru pukul 6.15.. terpengaruh cakap umi yang nanati tertinggal bas.. tu yang aku takut sebab biasanya kalau umi cakap camtu dan aku still bergerak lambat, mesti tertinggal bas punya. umi macam dah tau je aku akan tertinggal bas..haha

sampai sekolah, aku rasa biasa je. masuk kat kelas, aku ingatkan nanti ramai yang akan tegur aku. almaklumlah 3 minggu tak jumpe.. tak rindu ke rakan mu ini?? tapi sangkaanku meleset.. aku masuk kelas, baby, alyn dengan ainun tengah memekak pasal apa entah. aku pandang bell.. huh!! nasib baik dia senyum kat aku. rasa juga aku diperlukan..haha mase tu miza dan fana tak datang lagi.. aku jot yang datang awal. lepas tu, tiga orang tadi, nak pergi kantin. baru la diaorang perasan akan kehadiran aku. itu pun alyn je yang tegur."hai Ika!"

tak lame lepas tu, miza dan fana pulak datang. fana apa lagi "HAIIII IKA!!" haha satu kelas boleh dengar.. tapi aku tak kisah pun.. diaorang duduk, terus buat homework chemistry.. aku tak datang.. so, tak dapat kertas tu.. time diaorang tengah buat, aku apa lagi kebosanan dan landing atas meja.. fana pasan aku boring kot.
"ika, nape?"
"tak de pe"
pastu dia, miza dengan aku berbual.

Aku tengok kawan2 aku macam tak peduli je dengan aku yang dah lame tak datang ni.. aku nak jugak diaorang tanya"sakit tak kena chickenpox?", "Best tak duduk rumah?" tapi tak de sorang pun yang tanya..haha(mengade betul)

Miza perasan kesan chickenpox kat tangan aku. kesan tu coklat pekat dan bulat.. miza macam tak pernak nampak pulak gayanya.. dia kata, kesan ni nampak sebab kulit aku putih.. hehe ni yang kembang semangkuk ni. tapi aku tak nafikan macam sesetengah budak gedik ni "Eh! tak de lah.. kulit awak lagi putih..hihihi aww" aku senyum je.

tak lama lepas tu, ketua pengawas datang kelas. dia suruh pergi dewan. biasalah hari isnin ada perhimpunan. lenguh gila kaki ni. sebab asyik berdiri je. biasenya duduk atas kerusi. tak biasa lah . hehe sebab dah biasa duduk atas kerusi.. lagi satu, kitaorang nyanyi lagu tanpa iringan muzik.. haha rasa janggal la pulak. aku ingatkan mikrofon rosak ke apa. tapi elok je.. Bla..bla..bla.. lepas tu baru la giliran pengetua untuk berucap. nak dekat satu jam tu woo.. lepas tu, cikgu adlina panggil nama budak.. Haih dah tentu2 pasal disiplin ni.. mesti nama aku pun ada sekali.. last2, memang ada pun..!!

waktu pendidikan jasmani, cikgu saluwah (cikgu lukisan kejuruteraan) datang dia datang buat apa entah aku tak ingat.. lepas tu, dia tanya aku macam2
"Nurul Atikah, awak tak ambil periksa kan"
"tak"
"kenapa?"
"kena chickenppox (part ni paling malu nak jawab)"
"awak ambil periksa minggu pertama la je eh?"
"ha'ah. minggu last sy tak datang"
"awak datang minngu pertama je la?"
"ha'ah"
"berapa subjek awak tak ambil periksa?"
"5"
"cuna awak tanya cikgu norlina kena ambil balik tak"
"ok"
lepastu, cikgu terus pergi. malu gila time tu sebab kelas tak bising langsung. hanya ada suara cikgu dan aku.. >_<...

pastu, pelajaran berjalan seperti biasa.. semasa waktu rehat, aku berbual dengan farhana. berbual tentang saudaraku yang annoying itu.. gaya aku bercerita seperti makcik2 dah aku rasa.. haha biarlah. kalau budak laki nampak pun ada aku kisah?

lepas rehat,bla..bla..bla.. BM aku dapat 65% je.. Bla..bla..bla... cikgu chemist tanya benda yang sama dengan cikgu LK..

BALIK
Eh, sebenarnya time tu belum balik. masa tu waktu amali solat. so, kena pergi surau. aq malas nak pergi surau sebab lebih baik solat dekat rumah kan? time aku tengah kemas2 barang, budak2 lelaki kerumun meja aku. tapi SUN-D tak.. T_T.. waktu tu aku dah cuak.. haha tu la akibat kurang bergaul dengan lelaki. first sekali yang tegur aku, Amirul Asyraf. ingatkan nak tanya pasal aku. rupanya pasal dia... haha bertuah punya budak.
"eyh, smart tak spec mata aku ni?"
"ok"
tu je yang aku jawab sambil tersengih. almaklum lah orang baru tukar cermin mata baru. mestilah nak tunjuk kat orang. tapi caktik la cermin mata dia.. (Umi!! kakak nak juga cermin mata macam tu...T_T)
pada masa yang sama, hanafi ayub cakap sesuatu sambil tunjuk kat aku.. tapi aku tak dengar sangat dia cakap pasal apa..

naxt, idzham pulak yang cakap.
"eyh, aku kenal budak ni'
"yeke? amar ea?"
dia tunjuk gambar kelas aku semasa aku berada di tingkatan 2. gambar tu ada dekat atas meja aku. tapi yang sedihnya, dia tak jawab pertanyaan aku. dia tengok je aku tanpa perasaan. aku pun mula rasa tak selesa. time tu jugak lah aku nampak akmal nak ckap sesuat tu dekat aku. tapi aku tak dengar. tak lama lepas tu, diaorang dah pergi.. Huh! selamat

then, budak perempuan pulak yang kerumun aku. walaupun tak ramai. Baby orang pertama yang tegur aku.
"sakit tak?"
"masa mula2 kena tu memang la sakit"
lepas tu, ainun pulak yang menyampuk
"kau kena pakai krim la kat muka tu"
"krim apa?"
"Fair n Lovely ke?"
"owh, aku memang pakai benda tu pun."

Then, diaorang pergi..
Aku tunggu bas dan naik bas dan terus balik rumah..haha (ayat meraban)

0 person read and comment: