Tips Menyambut Cinta Baru

ika wt entry ni bkan saja2..
ini untuk peringatan ika sndiri juga n u my friends..(>_<)

--------------------------------------------------------
***
**
*

sukar bagi seorang lelaki memahami bahasa tubuh yang dikirimkan seorang wanita. Jangan menyalahkan diri sendiri disebabkan si dia tidak memahami isyarat yang disampaikan.
Percayalah anda akan menemui cinta yang sejati.

selalunya, berat bagi seorang wanita untuk memutuskan ikatan cinta. apabila cinta yang sudah lama dijalin kan menemui titik panghujung, sudah pasti memori bersama si dia masih terpahat di hati.. Namun, kehidupan harus diteruskan dan setiap wanita berhak untuk mengecapi nikmat cinta. berikut adalah tips yang mungkin membantu korang atau rakan2 yang dalam kekecewaan namun pada masa yang sama mengharapkan cinta baru.

Be yourself
sewaktu bertemu jejaka yang baru diminati, korang mungkin terdorong untuk menjadi seseorang yang bukan diri korang (ini tidak bermakna hipokrit). contohnya, korang berusaha berpenampilan sebaik mungkin untuk menarik perhatian si jejaka yang bertuah. korang boleh mengambil tindakan berikut jika ia membari kesan yang baik.. TAPI, jika tindakan itu kelihatan keterlaluan, mungkin ia menyababkan si jejaka berasa kurang selesa terhadap perlakuan anda yang kelihatan agak aneh..

Santai Dan Tenang
 sebahagian lelaki kurang atau lebih tepat tidak selesa dengan wanita yang agresif, manja berlebihan, mengongkong dan suka ambil tahu hal orang lain. cubalah chill and cool saja dalam apa jua keadaan. ini kerana, lelaki tidak mahu wanita yang bakal menjadi teman wanitanya memiliki sikap diluar jangkaan. Jika korang melakukan perkara yang bersifat telus serta mulus, tentu si jejaka akan lebih menghargai korang. ingat, kebanyakan lelaki mencari teman yang bisa membuat hatinya tenang.

Beri Pujian
lelaki yang baik mudah mencari cinta baru. meraka akanmenghargai pujian yang diberikan oleh anda. lebih2 lagi jika daripada teman wanita nya. walaubagaimanapun, jangan melakukannya dengan berlebih-lebihan. jika dia belum berminat terhadap anda, jangan terlalu nekad mengharapkan cintanya. ini menampakkan anda terlalu desprate untuk berpasangan. sebagai seorang perempuan, kita mestilah menjaga air muka kita.

 Batas Hubungan
jangan menunjukan diri seolah olah anda ingin sentiasa dekat dengannya. ingat, lelaki juga memerlukan ruang untuk dirinya 'bernafas'. mereka menjadi kurang selesa jika anda sentiasa mengekori dia dimana mana. anggaplah mereka mempunyai kehidupan peribadi sendiri.

   
 ini adalah sedikit tips yang dapat Ika berikan..Ika bukan la pandai dalam bab cintan cintun ni tapi sekadar berkongsi maklumat dengan anda..(maaflah jika bahasa Ika diatas 'rojak'..

SAYONARA ^_^

0 person read and comment: